Wahai Pelajar Teruskan Berusaha Dan Jangan Mudah Putus Asa Rahsia Pelajar Cemerlang
Friday, January 10, 2020
Add Comment
Sembang Kejayaan - Bagi seorang pelajar, pasti pernah mengalami tekanan ketika belajar. Hari-hari stress, fakta tu nak kena ingat, ini nak kena baca. Adurhh, stress! Berjam-jam baca buku, tapi hanya sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Siapa je yang tak stress kan kalau macam tu. Rasa macam nak putus asa je dibuatnya.
Siapa pernah alami situasi macam tu? Sebab penulis sendiri pernah berhadapan dengan situasi macam tu. Kita perlu tahu, semua itu merupakan cabaran yang perlu kita tempuhi sebagai seorang pelajar.
Nak mencapai kejayaan bukanlah semudah yang disangka. Semua perlukan usaha, konsisten dan doa yang berterusan sehingga berjaya. Tidak ada kejayaan yang dibangun hanya dalam satu malam.
Tiada rahsia lain untuk mencapai kejayaan selain belajar secara konsisten, jangan mudah putus asa kerana kejayaan tidak datang bergolek. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kalau rasa nak give up, Anda perlu ingat kata-kata yang penulis kongsi dalam entri sebelum ini.
Bagi anda yang tahun ini PT3, SPM dan pelajar-pelajar yang berada di universiti yang akan menduduki peperiksaan semester akhir nanti, teruskan berusaha! Jangan mudah menyerah.
Belajar ni umpama naik bukit. Bila kita dah sampai puncak, kita akan nampak pemandangan yang sangat cantik. Jangan putus asa, sabar!
Kaki melangkah demi selangkah mendaki bukit dengan penuh kekuatan, keyakinan dan harapan yang kita akan berjaya mendaki sehingga ke puncaknya. Semakin tinggi mendaki, semakin terasa kepenatan dan keletihan.
Begitu juga dengan belajar. Memang kita akan rasa penatnya belajar, kadang-kadang tu stress ketika belajar, malas, rasa nak give up. Tapi kalau fikir-fikirkan balik, kenapa perlu give up sedangkan sudah terlalu jauh kita melangkah menujui kejayaan. Sikit lagi nak sampai. Cuma perasaan je kadang-kadang yang membuatkan kita rasa nak give up.
Kekalkan fikiran yang positif. Tinggalkan fikiran negatif. Lihatlah semua perkara dengan persepsi yang baik. Pasti akan memberi kesan yang positif kepada sikap dan prestasi anda. Anda pasti boleh!
Awal-awal je terasa susah. Tapi suatu hari nanti anda akan lihat hasilnya. Waktu itu anda akan rasa betapa berbaloinya usaha anda selama ini. Jadi teruskan berusaha mengejar apa yang anda impikan. Percayalah, siapa yang berusaha dialah yang berjaya.
Jangan pernah menyerah, jangan berputus asa. Anda belum cukup layak untuk putus asa. Jadi teruskan berusaha meraih kejayaan. Setiap sesuatu yang anda lakukan, buatlah dengan sungguh-sungguh.
0 Response to "Wahai Pelajar Teruskan Berusaha Dan Jangan Mudah Putus Asa Rahsia Pelajar Cemerlang"
Post a Comment