Kenapa Ingin Putus Asa Sedangkan Kejayaan Semakin Hampir
Wednesday, December 4, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Kadang kita rasa sudah penat dengan segala usaha kita selama ini. Berusaha siang malam demi membuahkan hasil sehinggakan orang lain tidak pernah tahu betapa susahnya diri ini bekerja keras setiap hari untuk meraih sebuah kejayaan.
Tapi hakikatnya kejayaan masih belum berpihak kepada kita. Kadang kala terfikir betul atau tidak apa yang kita buat ini. Adakah ini hanyalah sesuatu yang sia-sia? Seolah-olah ingin menyerah kalah saja. Walaupun kita sedar bukan mudah nak capai sesuatu kejayaan. Tapi keinginan untuk menyerah kalah sudah meracuni fikiran kita.
Kawan sedarlah,
Kenapa kita ingin give up sedangkan kita sudah jauh melangkah menujui kejayaan. Sudah terlalu banyak kita korbankan. Kalau kita berhenti saat ini bermaksud kita membiarkan orang-orang yang pernah merendah-rendahkan impian kita itu menang dan kita kalah. Dan mimpi kita selama ini hanya tinggal mimpi.
Jadi kenapa harus berputus asa dan berhenti hanya disebabkan kegagalan. Kegagalan bukanlah pengakhiran untuk kita terus berhenti mengejar impian. Tidak ada orang berjaya yang tak pernah gagal sepanjang prosesnya menuju kejayaan. Kenapa tokoh-tokoh sentiasa dikenang. Kerana mereka tidak pernah menyerah dalam setiap perjuangan mereka.
Sudah terlalu jauh kaki kita melangkah. Jangan hanya kerana kegagalan kita berhenti melangkah. Jangan berfikir untuk berhenti. Sebab sudah terlalu banyak masa, tenaga yang sudah kita korbankan demi merealisasikan impian kita. Rasanya tidak berbaloi kalau kita memilih untuk menyerah kalah dan terus berhenti dari berusaha.
Jangan bersedih dan kecewa lagi mengenai hal itu. Sebab setiap keperitan yang kita lalui selama ini harus dibayar dengan sesuatu yang sangat berharga dan mahal iaitu dengan sebuah kejayaan. Kita harus menerima hadiah yang paling indah dalam hidup kita dari proses yang kita lalui sekarang ini yang sangat sakit dan perit.
Jangan berfikir untuk terus berhenti. Sebaiknya kita harus selesaikan apa yang kita sudah mulai sampai ke penghujungnya. Ingat semula, bukan mudah untuk kita sampai ke tahap ini. Sudah berapa banyak kali kita rasa give up pada ketika itu. Tapi kita tetap bangun dan terus melangkah. Kenapa hari ini mahu berputus asa?
Jangan give up! Sebab sudah terlalu banyak yang kita korbankan. Kita tidak boleh menyerah kalah kerana terlalu banyak luka yang perlu disembuhkan dengan sebuah kemenangan. Kita masih ada harapan yang sedang menunggu kita. Jangan mudah untuk menyerah kalah dengan apa yang kita telah usahakan selama ini. Bangun dan teruskan melangkah kerana kejayaan sedang menunggu kita di hadapan sana.
[Baca Juga] Antara Sebab Kenapa Kita Mudah Rasa Give up
Jadi bangun dari segala kesedihan dan kekecewaan dan teruskan berusaha untuk capai apa yang kita impikan. Kerana mimpi kita akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Kenapa Ingin Putus Asa Sedangkan Kejayaan Sudah Semakin Hampir

0 Response to "Kenapa Ingin Putus Asa Sedangkan Kejayaan Semakin Hampir"
Post a Comment