6 Tips Hilangkan Stress Belajar Dengan Berkesan
Sunday, November 10, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Anda stress bila belajar? Banyak bab perlu yang perlu di baca dalam satu masa. Peperiksaan dah semakin hampir. Sempat ke nak baca semua?
Adakah anda sedang mengalami situasi sebegini? Mesti rasa stress kan belajar?
Masalah menghadapi tekanan ketika belajar merupakan hal yang sering dialami oleh setiap orang khususnya, bagi mereka yang bergelar sebagai pelajar. Masalah stress ini perlu dikawal agar kita boleh belajar dengan tenang
Berikut merupakan tips yang boleh anda ikuti untuk menghilangkan stress ketika belajar:
Baca Juga Tips Belajar Dengan Betul Dan Efektif
1. Buat "Study Group"
Ramai pelajar yang mengalami stress bila belajar kerana tidak faham apa yang sedang dipelajarinya. Jadi, carilah rakan yang lebih memahami dan belajar secara berkumpulan. Banyak kelebihan "Study Group" ini, antaranya dapat menambahkan lagi pengetahuan. Pelbagai idea dan pendapat akan terhasil melalui perbincangan di samping dapat mengatasi rasa bosan ketika belajar.
2. Fokus 1 Perkara Dalam 1 Masa
Masa belajar tenangkan fikiran. Jika mahu belajar subjek sejarah, biarkan buku sejarah saja ada atas meja. Fokus kepada subjek yang anda sedang pelajari. Lupakan subjek-subjek lain buat seketika. Jika tidak, pembelajaran anda akan terganggu dan hilang fokus nak belajar. Sedang belajar subjek sains, teringat subjek sejarah. Belajar matematik, teringat bahasa inggeris. Sebaiknya, buatlah jadual belajar dan susun subjek-subjek untuk memudahkan anda membuat ulangkaji.
3. Bayangkan Kejayaan
Pelajar yang sering mengalami stress ketika belajar adalah disebabkan terlalu membayangkan persoalan "Kalau saya gagal macam mana? Kenapa saya selalu lupa apa yang saya baca? Kenapa saya susah nak faham apa yang saya baca?"- Hentikan membayang sebegitu. Sebaliknya, kita perlu membayangkan kita dapat menjawab semua soalan dengan baik. Bayangkan kita berjaya mencapai kejayaan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Oleh itu, penggunaan minda sangat penting untuk berjaya
4. Tidur Yang Mencukupi
Tidur dapat mengembalikan tenaga dalam diri. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan kita akan lemah, letih, lesu dan hilang fokus nak belajar. Bertambah stress! Oleh itu, kita memerlukan tidur yang mencukupi setiap hari sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari bagi dewasa. Manakala bagi kanak-kanak dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari.
Baca Juga: Pentingnya Tidur Yang Mencukupi Dalam Kehidupan Seharian
5. Mendengar Muzik
Jika rasa otak anda sudah terasa penuh, apa yang dibaca terasa berat dan susah untuk memahaminya cubalah untuk mendengar muzik yang anda sukai. Ternyata, muzik dapat menghilangkan stress dan membuat fikiran kita lebih rileks dan tenang. Bila sudah berasa tenang, anda boleh sambung belajar kembali.
6. Bersenam
Asyik menghadap buku saja, stress jugak kadang-kadang. Pergilah mengambil udara sekejap diluar dan membuat senaman ringkas dan melakukan hobi yang anda suka seperti bermain futsal, badminton, membeli-belah dan sebagainya. Ianya dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran anda.
Jadi terdapat 6 tips untuk mengatasi masalah tekanan ketika belajar yang telah disenaraikan di sini. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
0 Response to "6 Tips Hilangkan Stress Belajar Dengan Berkesan"
Post a Comment