-->

Tips Bagaimana Nak Berjaya, Jauhi 3 Perkara Ini:



"Bagaimana nak berjaya? Kenapa susah sangat nak berjaya nih, tak dak tips ke?"


Nampaknya ramai yang bertanya tentang bagaimana nak berjaya. Yelah..siapa tak nak berjaya kan. Rasanya tiada manusia dalam bumi ini yang tak ingin berjaya dalam hidupnya.

Sebenarnya dah macam-macam tips nak berjaya yang penulis sudah kongsikan dalam blog Sembang Kejayaan. Korang boleh je search dalam blog Sembang Kejayaan ni.

Jadi hari ini penulis nak kongsi satu benda dengan korang yang sebenarnya ada 3 benda kenapa ramai orang tidak berjaya!

Tips Bagaimana Nak Berjaya, Jauhi 3 Perkara Ini:



1. Mindset Negatif


Kenapa ramai orang tidak berjaya yang pertama adalah mempunyai mindset yang negatif. Bangun pagi negatif! Malas..tak boleh..hari-hari negatif. Semua benda negatif ada dalam mindset kita.

Kalau dah hari-hari fikir negatif, bagaimana nak berjaya betul tak? Mesti rasa tak semangat, rasa down semua kan.

Jadi berhenti! Sampai bila nak fikir negatif. Sebaiknya Anda perlu mempunyai satu mindset seorang yang berjaya. Mindset yang positif! Mindset ini lah yang akan membantu Anda mencapai matlamat yang Anda inginkan.

Setkan dalam minda korang yang sebenarnya korang boleh! Korang mampu untuk berjaya seperti mereka yang dah berjaya. Fikir yang positif je, sebab ia akan buatkan korang lebih semangat untuk usaha capai apa yang korang inginkan dalam hidup korang.

Jadi positifkan minda Anda!

[Baca Juga]  Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia


2. Selalu Give up


Yang kedua adalah selalu give up! Ni jugak satu masalah mengapa ramai orang tidak berjaya. Sikit-sikit nak give up. Belum apa-apa lagi dah give up. Gagal..give up. Kena reject..give up. Orang cakap benda tak elok terhadap kita..give up. Cepat sangat nak give up.

Bagi korang yang cepat sangat give up tu, korang ingat (kata-kata semangat) yang penulis dah kongsi dalam entri sebelum ini.


3. Tak Ambil Tindakan


Benda penting yang perlu kita lalukan untuk berjaya adalah dengan "memulai". Take Action kalau orang putih kata. Sebab kejayaan ni tidak datang dengan sendirinya, kita sendiri yang kena usaha meraihnya.

Jadi, kalau berhasrat nak berjaya, Take Action! Jangan takut untuk mula melangkah. Sebab ramai orang takut nak memulakan sesuatu. Bila tanya nak berjaya atau tak, semua cakap nak berjaya. Tapi tak mahu take action.

Sebab?

Takut..

Takut nak memulakan sesuatu yang 'baru' ingin kita lakukan. Ada yang nak buat bisnes tapi takut gagal. Takut nanti rugi dan macam-macam lagi. Pedulikan semua tu! Yang penting usaha dulu. Nak berjaya anda kena buang perasaan takut ini. Buang jauh-jauh.

Jadi kalau anda nak berjaya anda perlu tinggalkan 3 perkara ini dalam hidup anda! Jom sama-sama kita cuba tinggalkannya mulai hari ini!


0 Response to "Tips Bagaimana Nak Berjaya, Jauhi 3 Perkara Ini:"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel