-->

Cara Untuk Menjadi Rajin Dengan Mudah Dengan Melakukan Tips ini

Sembang Kejayaan - Adakah anda seorang yang sering dihinggapi rasa malas bila nak melakukan sesuatu perkara? Jangan risau, kita semua pasti pernah merasa malas. Malas ini boleh datang kepada sesiapa saja tanpa mengira waktu. Bila-bila masa saja rasa malas ini boleh muncul dalam diri kita. Kadang-kadang rasa malas ini datang pada waktu yang tidak sepatutnya, sewaktu kita kesuntukan masa untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dan akhirnya, kerja kita akan tertangguh.

Sifat ini adalah sifat yang tidak elok jika diamalkan. Mungkin ada di sini yang malas belajar, malas bersukan dan malas dalam bekerja, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja sendiri yang tiada waktu yang khusus bekerja.

Jadi jangan risau, dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa cara yang boleh membantu anda mengatasi rasa malas dalam diri supaya menjadi orang yang lebih rajin dalam melakukan sesuatu.

Cara Untuk Menjadi Rajin 

Tips Mengatasi Rasa Malas Agar Menjadi Rajin

1. Membuat Senarai Jadual Pekerjaan
Setiap hari, pasti ada kerja yang perlu kita lakukan pada hari tersebut. Ada yang pergi bekerja, kemudian balik rumah, kemas pula rumah, luangkan masa bersama keluarga dan anak-anak. Ada juga yang bersekolah, kemudian pulang siapkan pula kerja sekolah. Ada saja kerja yang perlu kita lakukan. Itulah rutin seharian kita dari pagi sampai malam. Ada saja kegiatan yang akan dilakukan.

Sebaiknya, sebelum tidur kita list kan semua kegiatan yang ingin dilakukan keesokannya supaya kita tidak lupa. Sebagai contoh, waktu ini aku perlu buat kerja sekolah, pukul 8-9, aku perlu kemas rumah. Bila kita list kan segala kerja-kerja kita, ianya akan lebih tersusun dan kita tidak akan malas, sebabnya semua sudah kita atur.

2. Patuhi Jadual
Bila sudah ada jadual kerja dan sudah list kan semua kegiatan yang ingin dilakukan keesokan harinya. Cubalah untuk patuh jadual yang kita buat itu mengikut waktu yang telah ditetapkan dalam jadual. Sebagai contoh, pukul 8-9 pagi, basuh baju, pukul 9-10 kemas rumah, pukul 10-12 memasakBiar ianya tersusun dengan baik. Malas macam mana sekalipun, cuba paksa diri untuk patuhi jadual dan menyiapkan kerja agar dapat mengelakkan kerja kita tidak tertangguh.

3. Membaca Bahan Motivasi
Untuk menjadi seorang yang rajin, banyakkanlah membaca buku atau artikel-artikel motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran yang positif dan membuatkan kita lebih semangat. Yang malas belajar, tiba-tiba jadi semangat nak belajar. Yang malas bekerja, jadi semangat nak bekerja sebab dengan motivasi mampu mendorong diri untuk berubah menjadi lebih baik. Mulakan awal pagi kita dengan motivasi agar kita lebih semangat sepanjang hari dan rajin dalam melakukan sesuatu.

Baca Juga:
4. Lihat Orang Yang Rajin

Disaat kita bekerja ataupun belajar, ada waktu-waktu yang kita rasa malas dan tidak mahu melakukan apa-apa kerja. Cuba lakukan tips ini: Bila kita rasa malas melakukan sesuatu, lihatlah orang-orang yang rajin bekerja, orang yang semangat dan rajin belajar. Secara automatik kita juga akan turut rajin dan semangat seperti mereka dan ianya juga dapat memotivasikan diri kita untuk tetap semangat.

5. Rehat Yang Cukup
Untuk mengatasi rasa malas dalam diri, kita mesti memerlukan rehat dan tidur yang cukup setiap malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Bila tidur tak cukup, badan kita akan lemah, letih dan pada ketika itu juga akan terbit rasa malas dalam diri. Jadi pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup kerana tidur yang baik dan mencukupi adalah sangat penting. Ianya dapat mengembalikan semula tenaga dalam diri.

2 Responses to "Cara Untuk Menjadi Rajin Dengan Mudah Dengan Melakukan Tips ini"

  1. terima kasih dengan tips2 ni ... boleh dicuba nanti

    ReplyDelete
  2. alaaa.. tidur yang cukup tu yang susah .. hmm

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel