Bila Rasa GIVE UP, Ingat KATA-KATA Ini
Saturday, August 17, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Pernah rasa give up? Pernah rasa kecewa? Pernah rasa sedih? Ya, saya pernah rasa semua ini.
Dalam kehidupan kita, disaat kita melakukan sesuatu yang bakal mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik, pasti sesekali pernah rasa give up. Lebih-lebih lagi apa yang dilakukan dan dirancang tidak mendatangkan sebarang hasil walaupun sudah berusaha keras.
Saat itu kita akan rasa give up, sedih, marah dan tidak mahu lagi untuk terus berusaha seolah-olah sudah menyerah kalah. Ianya hanya sekadar buang masa. Apa yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang hasil.
Tetapi ingatlah, disaat kita rasa give up dengan kehidupan kita, cepat-cepatlah ingat kata-kata ini :
1. Tuhan ada bersama dengan kita
Bila kita rasa give up, ingatlah tuhan sentiasa ada bersama-sama dengan kita. Kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan segala-galanya. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik yang tuhan nak bagi. Jika usaha kali ini tidak mendatangkan sebarang hasil, berusalah lebih keras lagi. Jangan berhenti berdoa kepadaNya. Banyak-banyaklah untuk berdoa semoga Allah terima usaha keras kita selama ini.
2. Kita harapan ibu bapa
Ingatlah, saat kita give up. Ingatlah kita ini harapan ibu bapa kita. Mereka teringin sangat nak tengok kita berjaya. Jangan sia-siakan harapan mereka. Jadikan air mata yang keluar terus mengalir ke pipi mereka bukannya air mata kesedihan, tetapi air mata kebahagiaan melihat kita berjaya.
3. Peluang masih ada
Gagal sekali bukanlah bererti gagal buat selama-lamanya. Dah baca? Gagal bukanlah pengakhiran. Peluang sentiasa ada untuk kita. Rebutlah peluang selagi boleh. Sebabnya kita tak tahu peluang yang mana satu yang membuatkan kita berjaya pada masa hadapan. Jika gagal ingatlah, dihadapan sana masih ada harapan. Jangan mudah putus asa. Ingat tu.
4. Orang lain lebih teruk diuji
Jangan mudah rasa give up dalam hidup apabila kita sedang diuji. Sebabnya, bukan kita seorang yang diuji tetapi semua orang juga turut diuji seperti kita dengan ujian yang berbeza. Jika kita rasa tidak mampu dengan ujian yang ditimpa sekarang ini. Ingatlah, ada orang yang lagi teruk daripada kita apabila diuji. Apa yang kita boleh buat, bersabarlah. Setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.
5. Semua orang boleh berjaya
Dia saat kamu melihat orang yang berjaya. Terlintas di fikiran mu apa yang mereka lakukan pasti mendatangkan hasil. Tetapi apa yang kamu lakukan langsung tidak berjaya seperti mereka. Adakah perkara itu yang membuatkan kamu rasa give up?
Kalau itu yang membuatkan kamu rasa give up,
Berhentilah ! Semua orang boleh berjaya. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan berusahalah bersungguh-sungguh seperti mana mereka berusaha. Banyakkan berdoa semoga Tuhan memberkati setiap usaha kita dan memberi kita kejayaan atas usaha keras kita.
6. Pasti ada rezeki untuk orang yang berusaha
Ingatlah, orang yang sentiasa berusaha pasti ada rezeki untuknya. Jangan give up, jika selalu berusaha pasti ada hasilnya. Ingat kata-kata ini, usaha tidak akan sesekali mengkhianati hasil. Sentiasalah berusaha pasti ada rezeki untuk kita. Pernah dengar kata-kata ini, usaha tangga kejayaan. Orang yang selalu berusaha pasti berjaya.
Sampai disini saja perkongsiannya. Jangan mudah rasa Give up. Semoga bermanfaat untuk semua.
[Baca Juga] Antara Sebab Kenapa Kita Mudah Rasa Give up
0 Response to "Bila Rasa GIVE UP, Ingat KATA-KATA Ini"
Post a Comment