6 Tips Menghadapi Masalah Atau Dugaan Yang Tak Pernah Selesai
Thursday, November 21, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Setiap manusia di atas muka bumi ini tidak boleh lari dari masalah atau dugaan yang datang. Apa sahaja masalah atau dugaan yang datang kita perlu cuba selesaikan selagi kita mampu.
Lari dari segala masalah...masalah tidak akan pernah selesai. Mau tak mau kita perlu hadapi juga. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Setiap masalah atau dugaan yang datang ada jalan penyelesaiannya.
6 Tips Hadapi Masalah Atau Dugaan
Hadapi masalah atau dugaan yang datang dengan hati yang tenang. Jangan terlalu memikirkan tentang masalah sehinggakan boleh membuatkan kita stress. Sebaiknya, kita perlu banyakkan bersabar, bertenang dan berfikir dengan lebih rasional dalam menyelesaikan masalah.
1. Dekatkan diri dengan Tuhan
Setiap masalah atau dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia itu datangnya daripada Allah. Jadi dekatkan diri dengan Allah. Solat lima waktu jangan tinggal, banyakkan berdoa agar setiap masalah yang kita hadapi dipermudahkan. Dia maha mendengar dan maha mengetahui segala masalah kita, jadi mengadulah segala masalah kita kepadanya kerana Dialah penyelesai segala masalah kita.
2. Berfikir positif
Seberat mana pun masalah atau dugaan yang kita hadapi, kita perlu positif kan pemikiran kita. Fikir yang baik-baik hati akan jadi tenang. Fikirlah bukan kita seorang sahaja yang ditimpa masalah, lebih ramai lagi orang diluar sana yang ada masalah lebih besar dari masalah kita. Mungkin masalah atau dugaan yang kita hadapi ini nak mendidik diri kita untuk menjadi orang yang lebih sabar. Selalulah berfikiran positif bahawa apa-apa masalah ataupun dugaan yang datang akan membawa kebaikan buat diri kita. Bila kita berfikir benda yang baik-baik, maka baiklah jadinya. Jadi positifkan pemikiran.
[Dah Baca?] Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia
[Dah Baca?] Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia
3. Sabar
Sabar itu penting dan merupakan separuh daripada iman kita. Jadi banyakkan bersabar. Allah uji kita bukan saja-saja tau. Mesti ada hikmah di sebalik ujian yang kita hadapi tu. Jadi bersabar...walau sebesar dan seberat mana sekalipun masalah yang dihadapi lambat laun mampu diselesaikan juga sekiranya bersabar. Ketahuilah bahawasanya pertolongan Allah itu dekat dengan orang-orang yang sabar.
4. Kuatkan semangat
Kuatkan semangat untuk hadapi masalah. Setiap masalah perlu dilalui dengan sikap matang dan penuh semangat. Sebesar dan sesulit mana sekalipun masalah yang dihadapi sekarang ini, semangat tidak boleh hilang. Dengan adanya semangat dan kekuatan pada diri kita mampu selesaikan semua masalah dengan tenang.
5. Dekatkan diri dengan keluarga & kawan
Dekatkan diri kita dengan keluarga. Ceritakan masalah kepada mereka. Kalau rasa malu nak cerita boleh kongsikan dengan kawan sudi mendengar luahan kita. Bila kita berkongsi masalah dengan orang lain, rasa bebanan di kepala akan berkurang walaupun masalah belum lagi selesai. Apabila kita berkongsi mana tahu mereka akan cuba bantu kita paling kurang beri nasihat, kata-kata semangat kepada kita itupun sudah memadai. Bukan senang nak cari orang sentiasa yang ada ketika kita susah dan sudi mendengar semua masalah kita.
6. Senyum
Senyum adalah terapi ketika ada masalah dalam kehidupan. Tak perlu nak mengeluh dan marah-marah ianya membuatkan kita bertambah stress. Orang lain juga ada masalah mereka sendiri. Jadi selesaikan saja dengan tenang, sabar dan berikan sedikit senyuman dapat membuatkan diri kita lebih kuat untuk mengharungi semua masalah yang datang.
Masalah hidup merupakan ujian yang perlu dihadapi oleh setiap manusia. Mau tak mau kita kena terima dengan hati yang redha. Setiap ujian yang diberikan kepada kita ada hikmah disebaliknya. Jadi carilah hikmah yang tersembunyi itu.
0 Response to "6 Tips Menghadapi Masalah Atau Dugaan Yang Tak Pernah Selesai"
Post a Comment