-->

Masalah Hidup Merupakan Ujian - [Motivasi] Hadapi Masalah Dengan Tenang

Sembang Kejayaan - Dalam hidup ini, semua orang nak rasa hidup bahagia, nak senyum sepanjang hari tanpa perlu fikir segala masalah yang datang. Ya, semua orang impikan semua itu. Tapi, dalam hidup ini kita tidak boleh lari dari segala masalah kehidupan yang terjadi seperti masalah peribadi, masalah di tempat kerja dan lain-lain. Walaupun hidup bahagia sekalipun, mesti ada masalah yang datang.

Kadang-kadang bila masalah itu datang, perwatakan kita secara automatik akan berubah. Ianya membuatkan kita jadi termenung, rasa kerisauan, makan tak lalu sebabnya terlalu memikirkan masalah. Hari yang sepatutnya kita bahagia, jadi tidak bahagia.

Setiap orang ada masalah tersendiri. Ada orang bila ada masalah, dia akan jadi gelisah, sedih. Ada juga orang bila ada masalah, dia rilek, senyum dan perwatakannya seolah-olah tiada masalah yang datang. Itu bergantung kepada diri masing-masing bila didatangi masalah. Kecil atau besar masalahnya, ianya tidak boleh terlepas dari fikiran kita.

Bila ada masalah, kita terlalu memikirkan tentang masalah itu sepanjang masa. Kadang-kadang tanpa kita sedari, sebuah masalah yang kecil boleh menjadi besar kerana terlalu memikirkannya.

Oleh sebab itu, ketika masalah sedang menghampiri pastikan fikiran kita tidak terbawa-bawa dalam masalah tersebut.

Masalah Hidup Merupakan Ujian - [Motivasi] Hadapi Masalah Dengan Tenang

Dalam menjalani hidup ini, janganlah terlalu memikirkan segala masalah. Sebabnya, ia akan membuatkan diri kita stress sebab terlalu banyak berfikir tentang masalah hidup. Bila kita stress, ianya membuatkan diri kita lebih tekanan, tidak bermaya, kerisauan dan sebagainya. Dan pada ketika itu juga, kita tidak boleh berfikir dengan baik dan matang dalam menyelesaikan masalah.

Sebaliknya, bila didatangi masalah, cubalah untuk tenangkan diri, fikir benda yang baik-baik yang ke arah positif. Mesti temui jalan penyelesaiannya. Kerana setiap masalah yang datang, pasti ada jalan penyelesaian.

[Dah Baca?]  6 Tips Untuk Hadapi Masalah Atau Dugaan


Masalah Merupakan Ujian Hidup 


Memang betul, masalah ini merupakan ujian hidup yang harus kita tempuhinya dengan sikap matang dan penuh daya juang. Kita sedar hidup ini tidaklah mudah, penuh dengan cabaran dan dugaan hidup yang kadangkala membuatkan kita terluka, sedih dan kecewa.

Setiap antara kita pasti akan diuji dengan masalah-masalah yang berbeza! Dan setiap ujian yang kita dapat memang sesuai dengan kekuatan diri kita untuk memikul ujian tersebut

Tuhan tidak akan uji kehidupan seseorang itu, melainkan dia tahu seseorang itu mampu. Meskipun tak mampu, tetapi mampu untuk hadapi. Sekurang-kurangnya mampu untuk belajar sesuatu dari apa yang dihadapinya.

Apa yang perlu kita tahu, setiap masalah atau ujian yang datang itu adalah untuk mendewasakan diri untuk berubah menjadi lebih baik. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

[Dah Baca?]  Sedih Yang Berpanjangan Pasti Ada Hikmahnya

2 Responses to "Masalah Hidup Merupakan Ujian - [Motivasi] Hadapi Masalah Dengan Tenang"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel