-->

7 Tips Move On Boleh Dikatakan Berkesan Dengan Cara Ini


Sembang Kejayaan - Tidak dapat dinafikan lagi bahawa nak move on bukannya senang. Dan ianya mengambil masa yang agak lama. Sampai bertahun-tahun pun ada. Lebih-lebih lagi nak move on dari orang yang kita sayang, memang susah.

[Dah Baca?]  Kenapa move on susah

Bukan senang nak lupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita. Dah hadir, ditinggalkan pula. Tidak perlu bersedih semua ini ada hikmah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin akan digantikan dengan yang lebih baik.

Bagi yang ingin move on yang boleh ikuti tips berikut untuk melupakan semua kenangan bersama agar kehidupan kita menjadi lebih baik.

Tips Move On Boleh Dikatakan Berkesan Dengan Cara Ini



1. Delete Semua Gambar Si "Dia"


Pastikan nak move on delete semua gambar atau video yang berkaitan dengan si "dia" dalam handphone kita. Sebab kita nak elakkan dari buka album ternampak gambar si "dia". Ianya boleh membuatkan kita teringat semula kenangan bersama dengan dia. Memang susah nak delete semua. Berikan sedikit masa dan kuatkan semangat.


2. Delete semua chat dengan si "dia"


Delete semua chat yang berkaitan dengan si "dia". Sebab walaupun sudah tiada apa-apa, tapi lama kelamaan tetap akan hadir rasa rindu. Bila rindu mesti akan belek dan scroll balik chat-chat lama dengan si dia. Jadi kena elakkan benda macam ni dan delete juga contact number si "dia". Jangan biarkan lama-lama hati itu terbuai dengan kisah lalu. Belajar menerima dan mula mengorak langkah baru.


3. Unfollow semua media sosial si "dia"


Unfollow semua media sosial si "dia" sebab kita tidak mahu semasa kita sedang scroll Instagram atau Facebook ternampak gambar atau story si dia. Kalau boleh jangan cuba-cuba stalk dia lagi di media sosial. Nanti susah nak move on.


4. Sibukkan diri dengan kerja


Penuhkan jadual seharian supaya anda kurang mengingati kenangan lama bersama si "dia". Sibukkan diri dengan kerja kita. Kalau student fokus dengan study kita. Fokus tentang masa hadapan kita. Jangan habiskan masa terluang kita dengan termenung mengingati si "dia". Ianya boleh membuatkan kita lebih sedih dan susah untuk move on. Andai kata ada masa free dan tak tahu nak buat apa, cuba juga lakukan sesuatu yang anda suka untuk elakkan dari berfikir pasal si "dia".


5. Jangan duduk bersendirian


Jangan habiskan masa duduk bersendirian termenung memikirkan si "dia". Lebih baik gunakan masa itu untuk luangkan masa bersama keluarga gelak ketawa gembira bersama mereka. Keluar jalan-jalan pergi bercuti bersama keluarga boleh tenangkan fikiran dan merawat hati tengah sedih daripada duduk terperuk dalam bilik seorang diri nanti boleh terpikirkan si "dia".


6. Jangan benci si "dia"


Memang kita akan rasa marah tetapi jangan benci dia. Sebab bila kita benci dia, secara automatik bayangan muka dia dan segala memori kita dengan dia akan muncul dalam minda kita. Jadi elakkan.


7. Berikan sedikit masa untuk move on


Nak move on memerlukan sedikit masa untuk pulih. Kalau air yang tengah panas pun kita tak boleh terus minum, nanti sakit dan kita perlu tunggu air itu sejuk dahulu baru boleh minum sikit-sikit. Sama juga dengan hati kita apabila kecewa perlukan sedikit masa dan ruang pada diri untuk merawat kembali hati yang terluka sembuh sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan move on. Jangan terlalu memaksa diri untuk move on, nanti susah nak lupakan. Jadi ambil masa sedikit.

Okay done berkongsi 7 tips macam mana nak move on. Semoga dengan tips ini dapat membantu anda yang nak move on mengorak langkah dan mulakan kehidupan baru. Berikan sedikit masa pada hati untuk pulih. Jangan terlalu terburu-buru, nanti hati kita juga yang sakit.

1 Response to "7 Tips Move On Boleh Dikatakan Berkesan Dengan Cara Ini"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel