Cara untuk happy? Ternyata senyum selalu di pagi hari membuatkan kita happy sepanjang hari
Friday, November 1, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Di sini, semua orang mahu berjaya dan sukses dalam kehidupan, betul atau tidak?
Ya, semua orang ingin berjaya dalam kehidupan dan ingin menjadi orang sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya. Orang yang sukses akan sentiasa bersemangat dan happy sepanjang hari. Kerana mereka selalu memotivasikan diri mereka sendiri. Mereka sentiasa menjadikan hari ini dan hari yang ke depan lebih baik daripada hari semalam dan hari-hari yang lepas.
Anda juga ingin menjadi seperti mereka iaitu ingin mempunyai hari yang baik dan happy sepanjang hari. Tapi, pernah atau tidak anda berasa bosan, kesal, atau kecewa yang membuatkan mood anda kurang baik sepanjang hari?
Baca Juga:
- Cara merawat hati yang terluka dan sedih
- Motivasi hidup bahagia dan berjaya mengejar cita-cita diusia muda
Ternyata semua orang pernah mengalaminya. Sebenarnya, apa punca terjadinya masalah tersebut? Dan bagaimana untuk kita mengatasinya? Nak tahu, jom baca untuk penyelesaian masalah ini.
Sebenarnya, bukan mudah untuk kita happy di waktu pagi. Kerana ada orang yang lepas bangun dari tidur agak sukar untuk memberikan senyuman. Tapi, bagaimana untuk kita happy kalau sukar untuk kita senyum di pagi hari?
Tapi, sebelum itu lebih baik kita ketahui dahulu kenapa pentingnya untuk kita happy di pagi hari? Kerana banyak orang ingin sukses dalam hidup mereka. Tapi tahukah anda, semua orang ingin mendapatkan hidup yang baik. Dan hal yang baik itu ditentukan dari bagaimana kita memulai di pagi hari.
Bagaimana untuk kita happy di waktu pagi?
1. Bersyukur
5 minit pertama selepas bangun dari tidur, jangan mandi dulu, jangan kemas tempat tidur dulu. Tapi, ada satu perkara penting yang harus kita lakukan iaitu bangun tidur bersyukur dan berdoa terlebih dahulu. Ada banyak hal yang perlu kita syukuri. Pada awal pagi, penuhilah dengan rasa syukur.Lakukan ini selepas bangun dari tidur:
Pejamkan mata, kemudian tarik nafas.
"Syukurlah kita sehingga saat ini kita masih boleh bernafas, syukur atas penglihatan kita masih boleh melihat keindahan dunia, pendengaran serta kekuatan yang masih diberikan oleh Tuhan. Bersyukurlah atas kesihatan yang tidak ternilai
Bersyukurlah kerana tidak semua orang beruntung seperti anda. Dan ada banyak hal yang boleh kita syukuri. Ketika anda ke kerja dan anda mengeluh begitu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Bersyukurlah, kerana begitu banyak orang diluar sana yang setiap hari mereka berdoa dan berharap supaya mereka mendapat pekerjaan seperti yang anda miliki sekarang ini"
Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang. Dan bagaimana kita memulai pagi ini, itu sangat menentukan masa depan kita.
[Baca Juga] Kata-kata motivasi diri sendiri setiap hari
2. Persiapkan tenaga (Energy) kita pada hari itu
Pilihlah emosi atau energy apa yang ingin kita bawa pada hari itu. Pilih energi sama ada hari ini anda ingin menjadi ceria, happy atau mungkin menjadi orang yang sabar. Pilihlah energy anda pada hari tersebut.Misalnya, anda mempunyai kerja yang terhimpun di pejabat dan ianya membuatkan anda stress. Tapi dari awal pagi anda sudah memutuskan bahawa hari ini "saya akan cuba untuk menjadi orang yang lebih sabar", maka anda akan hadapinya dengan sabar dan menyelesaikan satu persatu kerja yang terhimpun.
3. Kemas tempat tidur
Kenapa kemas tempat tidur penting? Kerana sesuatu yang kita ulang berkali-kali itu akan menjadi kebiasaan. Dan kebiasaan kita itu nanti akan membentuk karakter kita. Karakter itu juga yang akan menentukan hidup kita.Kebiasaan untuk mengemas tempat tidur itu mempunyai makna. Maknanya adalah anda berjaya menyelesaikan tugas pertama di pagi hari. Bayangkan! Hal yang kecil tetapi anda berhasil lakukannya dalam waktu yang singkat. Itu akan membuatkan kita rasa semangat dan melahirkan keinginan untuk melakukan tugas-tugas yang berikutnya akan anda selesaikan pada hari itu.
Jangan meremeh-remehkan hal yang kecil. Kalau anda tidak boleh melakukan hal yang kecil, bagaimana anda boleh melakukan tanggungjawab yang lebih besar.
Jadi cubalah memberikan senyuman di waktu pagi, ternyata kita akan terbawa-bawa senyuman itu sepanjang hari. "Senyum itu sedekah"
0 Response to "Cara untuk happy? Ternyata senyum selalu di pagi hari membuatkan kita happy sepanjang hari"
Post a Comment