-->

Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia

Sembang Kejayaan - Fikiran yang positif akan menjadikan seseorang itu hidup lebih bahagia dan menikmati kehidupan seharian tanpa ada sebarang kerisauan dan kekecewaan. Orang yang selalu berfikiran positif, memiliki semangat yang luar biasa dan tidak mudah putus asa untuk melangkah maju ke hadapan dan berjaya mencapai kejayaan. Bagaimana nak berjaya kalau selalu fikir negatif, betul tak? Jadi kena positif!

Tapi nak jadi orang yang selalu positif bukannya senang. lebih-lebih lagi kalau selalu dekat dengan orang-orang yang berfikiran negatif. Memang rasa aura negatif tu datang dekat kita sekali walaupun kita sudah cuba sedaya upaya untuk mempertahankan pemikiran positif kita itu, tetapi tetap terjebak dengan pemikiran yang negatif.

Memang susah nak kekalkan positif, masih juga berfikiran negatif terhadap sekeliling. Dan apabila hari-hari selalu fikir negatif membuatkan hidup jadi tidak selesa dan tak seronok. Berbeza dengan positif, bangun pagi pasti akan rasa happy, senyum dan hidup lebih bahagia setiap hari.

Jadi bagaimana nak ubah fikiran yang negatif kepada positif setiap hari agar hidup menjadi lebih gembira.

Tips Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia setiap Hari




1. Ubah Mindset


Perkara pertama yang perlu kita ubah adalah mindset. Kita perlu ubah mindset ke arah yang lebih positif. Setiap kali bangun pagi cakap pada diri "Hari ini aku nak senyum-senyum dan happy sepanjang hari, tak mau nak sedih-sedih"

Dan setiap kali bangun tidur, penuhilah dengan rasa syukur. Bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita yang tidak boleh dikira jumlahnya. Percayalah kita akan rasa lebih tenang. Kurang bersyukur adalah salah satu punca kenapa hidup tidak bahagia dan tenang.

Ada ketika, saat kita melihat orang lain lebih daripada kita dari semua aspek membuatkan hati menjadi tidak senang, cemburu, dengki atau apa sahaja perasaan negatif. Kalau ada perasaan macam tu, buang jauh-jauh. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bila kita bersyukur, Allah akan melipatgandakan rezeki kita.

[Dah Baca?]  Jangan Dengki Pada Orang lain, Setiap orang rezeki dan ujiannya berbeza


2. Beriadah


Rajin-rajinkan lah diri untuk beriadah. Pergi bersenam, jogging atau jalan-jalan ambil udara di luar rumah untuk tenangkan fikiran. Daripada duduk terperuk dalam rumah akan membuatkan otak jadi 'tepu' rasa tidak berkembang, fikiran pun jadi serabut, badan lemah, rasa nak marah dan sebagainya. Jadi beriadah ini juga penting untuk mengekalkan pemikiran yang positif dan otak pun jadi cerdas. Selain itu, beriadah juga dapat membantu menyihatkan tubuh dan apabila badan sihat dan segar, kita akan lebih bersemangat dan ceria.


3. Dekatkan diri dengan Tuhan


Kita perlu tahu apa yang berlaku dalam hidup kita semuanya atas kententuan Allah. Ingat setiap masalah yang kita hadapi semuanya datang daripadanya. Jadi dekatkan diri kepadanya. Banyakkan beribadah kepadanya dan sentiasa berdoa meminta pertolongan agar diberikan jalan penyelesaian untuk masalah atau dugaan yang dihadapi. Bila kita luahkan segala masalah kepadanya hati kita akan berasa lega dan tenang.

[Dah Baca?]  6 Tips untuk hadapi masalah atau dugaan

0 Response to "Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel