Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya, Percayalah!
Sunday, September 29, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Langit tidak selalunya biru, begitu juga dengan kehidupan. Bila nama manusia, pasti akan diuji. Setiap manusia sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup di dunia yang sementara ini dengan berbagai-bagai ujian.
Tipulah jika seseorang itu cakap yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya sendiri dengan ujian yang berbeza-beza. Dan ujian yang kita dapat itu memang sesuai dengan kesabaran, kekuatan dan ketabahan kita untuk memikul ujian tersebut.
Andai kata kita diberi peluang untuk bertukar-tukar ujian dengan orang lain, pasti kita tidak akan mampu memikulnya. Kerana setiap ujian yang diberi adalah sesuai dengan kesanggupan, kesabaran seseorang untuk memikul ujian. Sebab itu kita diuji dengan ujian tersebut, sebab Tuhan tahu kita mampu menghadapinya.
Tuhan tidak akan uji seseorang itu melainkan dia tahu yang seseorang itu mampu. Walaupun tak mampu, tetapi mampu untuk belajar sesuatu dari apa yang berlaku. Tidak perlu sedih! Yakinlah dengan perjalanan hidup yang Allah aturkan. Apa yang diatur olehnya jauh lebih baik.
Dugaan dan ujian itulah yang membuatkan kita lebih memahami erti kehidupan. Dugaan dan ujian yang diberikan kepada kita adalah sebagai latihan dalam kehidupan. Melatih kita lebih positif, melatih untuk sabar, lebih cekal dan berani.
Setiap ujian dan dugaan yang kita hadapi, Tuhan nak beri kita peluang untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya. Jangan pernah mengeluh apabila ditimpa sesuatu ujian yang kita hadapi, sebab ada orang lain lagi yang lebih hebat diuji.
"Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah"
Setiap keperitan akan digantikan dengan kemanisan. Semuanya sudah tercatit adanya hikmah dari setiap keperitan yang dihadapi. Jadi tidak perlu kita bersedih.
Tuhan turunkan hujan, sebab nak beri pelangi. Apa kita rasa apabila melihat pelangi. Pasti akan berasa teruja, kagum dan tersenyum melihat kecantikannya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Kita diberi ujian, untuk beri kita sesuatu yang lebih baik lagi. Sesuatu yang tidak pernah disangka-sangka sebelum ini. Sesuatu yang menjangkau akal fikiran. Ketika itu kita akan rasa betapa beruntungnya kita diuji sebegitu.
Janganlah kita bersedih dengan musibah yang menimpa kita kerana setiap ujian itu pasti ada hikmah untuk kita. Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan. Bersabarlah..
[Dah Baca?] Masalah Hidup Merupakan Ujian - [Motivasi] Hadapi Masalah Dengan Tenang
0 Response to "Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya, Percayalah!"
Post a Comment