-->

Tips Meningkatkan Prestasi Pekerjaan, Mudah Dan Berkesan [Motivasi]

tips meningkatkan prestasi pekerjaan

Sembang Kejayaan - Anda sering rasa bosan di tempat kerja? Tiada semangat nak kerja? Nak bangun pagi pun rasa malas. Setiap orang mesti ada perasaan sebegini dalam diri. Sebab apa jadi macam tu?

Sebabnya, kita selalu leka dan lalai dengan keseronokan dunia yang membuatkan kita jadi malas. Malas ni ada banyak jenis malas. Malas pergi kerja, malas belajar, malas untuk cuba benda baru dan sebagainya.

Jadi, sebab itu kita perlu kepada Motivasi. Motivasi ini sebenarnya ialah tujuan atau pendorong untuk melakukan sesuatu. Contohnya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk capai sesuatu yang kita nak dalam hidup kita. Disebalik bersungguh-sungguh itu mesti ada suatu benda yang boleh buat kita semangat untuk terus mencapainya dan ia adalah Motivasi.

Motivasi ini adalah kunci kejayaan kita. Jadi kita sangat perlukannya untuk terus berusaha. Dalam kita tengah berusaha mesti kita akan rasa down, kecewa dan sebagainya. Dengan motivasi inilah boleh bangkitkan semula semangat kita untuk berjuang. Semua orang perlukan motivasi pada diri.

Ada banyak jenis motivasi hidup yang kita perlukan antaranya motivasi kerja, motivasi bisnes, motivasi islamik, motivasi kejayaan, motivasi pelajar dan banyak lagi sebenarnya.

Jadi disini ada sedikit motivasi kehidupan untuk meningkatkan kembali prestasi kerja.



1. Ingat tujuan kita bekerja

Kita kerja untuk apa? Betulkan dahulu tujuan kita kerja. Bukannya sekadar bangun pagi pergi kerja cukup waktu balik rumah. Kerja ni merupakan ibadah kalau kita lakukannya dengan ikhlas.

Pesan pada diri, kita kerja bukan sebab duit semata-mata. Memang betul semua orang kerja untuk duit. Tapi jangan pergi kerja hanya kerana duit. Tetapi niatlah ia sebagai ibadah. Dan niatlah dalam hati "Aku pergi kerja nak jumpa kawan-kawan sekerja aku". Barulah kita rasa seronok nak pergi kerja, barulah kita rasa tenang. Bila kita ikhlas dalam buat kerja, percayalah rezeki kita tidak pernah putus-putus datang kepada kita. 

Anggaplah kerja itu sebagai misi yang perlu kita selesaikan. Dan anggaplah gaji itu sebagai bonus atau reward kepada kita kerana dalam bulan tersebut kita sudah berjaya menyelesaikan misi tersebut.

2. Beri reward kepada diri sendiri

Bila hari-hari kerja, rasa penat itu mesti akan datang. Bila dah penat, datang pula rasa malas. Rasa malas inilah yang menjadi punca tiada semangat nak kerja.

Untuk buang semua sifat-sifat malas itu, kita kena bagi reward kepada diri sendiri. Bila dah penat-penat bekerja, ambil la cuti 2 atau 3 hari pergi bercuti sebagai reward. Penat-penat bekerja, sekali-sekala hiburkanlah hati.

Banyak tempat percutian menarik di Malaysia yang kita boleh pergi seperti di PenangMelaka, Terengganu dan macam-macam lagi. Cukup hanya bercuti dalam Malaysia dan tak perlu pergi jauh-jauh.

Sebabnya, bila hari-hari menghadap kerja, kita jugak akan stress. Tipu la cakap tak stress dengan kerja. Jadi ambil cuti pergi bercuti untuk hilangkan stress di tempat kerja disamping dapat hiburkan hati.

3. Sentiasa berfikiran positif

Benda ini yang paling penting, kalau kita selalu berfikiran negatif macam mana nak berjaya! Cuba dalam fikiran kita tu buang kata-kata negatif yang boleh buat kita rasa tidak semangat.

Bila selalu berfikir benda negatif seperti "Aku tak boleh buat kerja ni", "Kerja ni susah la", "Malas la aku nak pergi kerja hari ini". Jadi benda-benda macam inilah yang membuatkan kita rasa down.

Jadi STOP ! Jangan fikir negatif lagi. Tetapkan dalam fikiran kita dengan benda-benda positif. Bangun pagi cubalah senyum dan kata dalam hati "Hari ini adalah hari yang terbaik daripada semalam". Secara tidak langsung ianya membuatkan kita bersemangat pada hari tersebut.

Jadi jangan baca saja, cubalah amalkan.


0 Response to "Tips Meningkatkan Prestasi Pekerjaan, Mudah Dan Berkesan [Motivasi]"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel