-->

Minat Bola Sepak jadi pembakar semangat anak muda masa kini

minat bola sepak jadi pembakar semangat anak muda masa kini

Sembang Kejayaan - Anda minat bola sepak? Selalu tengok bola? Selalu main bola setiap hari? Ya, inilah hobi lelaki.

Kalau ada yang tak minat dengan bola, mesti seumur hidup pernah juga sekali main bola di waktu sekolah. Sebabnya, yang lain semua nak main bola waktu sukan, terpaksa juga untuk main. Kalau tak main nanti rugi pula. waktu sukan kan..

Main bola ni sebenarnya sangat seronok. Lebih lagi main di padang yang besar. Main pula dengan kawan-kawan yang kenal dari kecil. Memang seronok.

Bola sepak ni terbahagi kepada dua iaitu Tempatan dan Antarabangsa. Bagi yang betul-betul minat bola, mereka akan minat 2 jenis ini. Tetapi ada juga yang minat Antarabangsa sahaja dan ada juga yang minat Tempatan sahaja. Ianya bergantung kepada minat masing-masing.

Zaman sekarang ni, bukan lelaki saja minat bola. Perempuan juga ada yang minat dengan bola sepak. Bola sepak ni banyak pengaruhnya. Kalau dari kecil sudah minat bola, sampai ke besar still minat.

Sebenarnya, bola sepak ni jadi pembakar semangat anak muda masa kini. Sebabnya, bila dah minat bola dan dari kecil main bola, dari situ telah tanam dalam diri untuk jadi seorang pemain bola yang terkenal suatu hari nanti.

Pernah tak waktu sekolah dahulu, cikgu tanya "Apa cita-cita kamu". Bagi yang minat bola, mereka akan jawab nak jadi pemain bola.

Bagi yang betul-betul nak jadi pemain bola untuk Malaysia, mereka akan terus berusaha. Tiap-tiap petang akan main bola dan hujung minggu pula akan turun latihan bola sepak. Kadang-kadang daripada hobi boleh jadi cita-cita.

Cuba lihat sekarang, sudah banyak pemain bola sepak Malaysia yang hebat-hebat. Daripada minat terus jadi kerjaya.

Jadi dari sinilah lahirnya semangat anak muda. Cuba kita lihat, setiap kali tiba musim bola, ramai anak muda yang membanjiri kedai-kedai mamak, restoran untuk tengok bola secara live. Ada juga yang sanggup pergi ke stadium untuk beri support kepada pasukan pilihan mereka.

Dan setiap kali menjelangnya Fifa World Cup, kita tengoklah betapa semangatnya anak muda. Bukan setakat anak muda je, yang dah berumur pun still semangat. 

Ini menunjukkan anak muda mempunyai semangat yang tinggi. Semangat macam ni la yang kita nak! Semangat dalam sukan.

Lagi satu tentang bola, bagi orang yang minat bola sepak ini mempunyai kawan yang banyak dan mudah nak cari kawan yang mempunyai minat yang sama. Setiap kali pergi main bola mesti kenal kawan baru. Jadi, dari situ banyak manfaatnya.

Sekadar berkongsi...

1 Response to "Minat Bola Sepak jadi pembakar semangat anak muda masa kini"

  1. Sepak bola itu inspirasi sekaligus mengajarkan kita untuk berpikir cepat dan bertindak cepat, apalagi untuk seorang striker. Sprit dibutuhkan namun di depan gawang dibutuhkan kejelian untuk berpikir cepat dan bertindak cepat sehingga untuk menghasilkan gol. Demikian juga dengan hidup masa kini yang serpa cepat, dibutuhkan orang yang bukan saja kerja keras melainkan kerja cerdas... thanks for sharing sobat, saya suka konten ini karena bicara bola adalah inspirasi saya sejak kecil walau cita cita itu tidak tercapai hehehe

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel