-->

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga



Sembang Kejayaan - Kita amat beruntung di Malaysia ini, banyak tempat-tempat menarik yang perlu kita kunjungi dan bercuti di sini tempat-tempat ini. Antara tempat menarik yang selalu menjadi tumpuan orang ramai datang bercuti adalah di Penang, Sabah, Perak, Langkawi dan lain-lain lagi.

Tetapi sejak-sejak kebelakangan ini, ramai pula yang menjadikan Melaka sebagai tempat percutian terbaik bersama keluarga dan anak-anak. Sebenarnya, banyak tempat menarik di Melaka yang best-best yang perlu kita teroka bila datang ke negeri Melaka.

Apa yang kita tahu, Melaka ini merupakan bandar yang penuh dengan kesan peninggalan sejarah yang menjadikan negeri ini menjadi destinasi popular bagi pelancong tempatan dan antarabangsa.

Kalau nak tahu apa tempat menarik di Melaka ni? Jom baca



Baca Juga: 





1. Muzium Kapal Selam Melaka

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Sebenarnya ada banyak tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak antaranya adalah Muzium Kapal Selam. Muzium Kapal Selam Melaka merupakan destinasi menarik yang perlu dikunjungi bersama keluarga dan anak-anak. Apa yang menarik dengan muzium ini, ianya tidak sama dengan muzium-muzium yang lain. Terdapat sebuah kapal selam sebenar yang dipamerkan di muzium ini. Ini juga merupakan tempat menarik untuk kanak-kanak.  Pasti membuatkan anak-anak berasa teruja melihat kapal selam yang sangat besar. Kalau nak tahu, muzium kapal selam ini merupakan muzium pertama di Malaysia yang terletak di Pantai Klebang. Muzium Kapal Selam ini merupakan tempat menarik di Melaka dan harga tiket masuk yang sangat murah dan berpatutan.


2. Beca Melaka

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Tempat menarik di Melaka waktu malam sudah pastinya di persekitaran bangunan merah Stadhuys bersama-sama dengan barisan beca-beca di Melaka sekarang ini semakin canggih. Bukan saja dihiasi lampu bewarna-warni pada beca Melaka, tetapi turut dihiasi beberapa tema kartun pada beca seperti Upin Ipin, Hello Kitty, dan macam-macam lagi, pasti membuatkan anak-anak tersenyum dan terpegun melihatnya. Banyak tempat yang anda boleh jumpa beca Melaka ini antaranya di bangunan merah Stadhuys.


3. The Stadthuys

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

The Stadthuys merupakan salah satu tempat bersejarah di Malaysia. Kalau nak tahu, Stadthuys adalah peninggalan pemerintahan Belanda di Melaka. Pada suatu ketika dahulu, bangunan merah ini berfungsi sebagai kediaman Gabenor Belanda dan pusat pentadbiran. Bangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus. Di sini juga anda boleh rasai pengalaman naik beca. Beca Melaka yang dihiasi dengan bunga-bunga dan berwarna-warni, tentu sahaja memberikan satu pengalaman yang hebat.


4. Melaka River Cruise

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Ketahuilah yang negeri Melaka ini memang ada banyak tempat menarik yang perlu anda datang dan cuba pengalaman yang berbeza-beza. Salah satunya yang menarik di Melaka adalah boleh menaiki Melaka River Cruise bersama kawan-kawan dan keluarga tercinta. Sepanjang menaiki river cruise ini, kita boleh melihat keindahan Bandar Melaka yang cukup mempersonakan. Ini merupakan satu pengalaman yang menarik yang perlu anda cipta bila datang ke negeri ini.


5. Pantai Klebang

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Anda suka pantai? Datanglah ke Pantai Klebang. Pemandangan dekat sini pun cantik sambil menikmati udara segar serta mendengar bunyi ombak yang menyenangkan. Ini merupakan tempat menarik di Melaka yang sesuai untuk family day. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini, antaranya main layang-layang, meniup belon buih, berkelah dan macam-macam lagi.


6. Zoo Melaka & Night Safari

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Mencari tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak? Disarankan datanglah ke Zoo Melaka. Jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak melihat haiwan-haiwan liar di Zoo Melaka. Terdapat pelbagai spesis haiwan liar yang ada di Zoo ini yang dibawa khas dari dalam dan luar negara. Pasti membuatkan pengunjung berasa terpegun melihat haiwan-haiwan di sini dengan jarak yang lebih dekat. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat Bird Show yang pasti membuatkan kanak-kanak tidak kering gusi melihat telatah lucu burung-burung berinteraksi bersama pengunjung di sini.


7. Masbro Australia Village Homestay

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Masbro Australia Village Homestay merupakan tempat penginapan menarik di Melaka dan ianya sesuai untuk seisi keluarga datang bercuti di sini. Memamg terpegun tengok kecantikan rumah-rumah di Masbro Village, seolah-olah berada di overseas iaitu di Brighton Beach di Australia. Reka bentuk rumah yang sangat unik dan berwarna-warni membuatkan view di sini lebih cantik.


8. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga Dan Kanak-Kanak

Melaka Wonderland Theme Park & Resort merupakan salah satu tempat menarik di Melaka (Water Park), sangat sesuai bawa kanak-kanak datang bermandi-manda di sini. Ianya terletal di Ayer Keroh, Melaka. Terdapat banyak permainan air yang menarik yang disediakan di sini antaranya Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island, 1 Big Wave Pool dan banyak lagi permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung.

0 Response to "Senarai Tempat Menarik Di Melaka - Destinasi Percutian Terbaik Bersama Keluarga"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel