Bagaimana nak berjaya kalau selalu fikir negatif
Tuesday, July 30, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Hai Assalamuaikum semua,
Kepada yang setia membaca perkongsian dalam blog nih saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak walaupun blog nih tidak sehebat blog-blog yang lain kalau nak dibandingkan.
Tidak mengapa. Selagi saya bersemangat untuk menulis saya akan cuba jugak untuk menulis.
Minggu lepas saya ada kongsi satu cerita tentang kejayaan Valentino Rossi. Yang mana kejayaan beliau boleh dijadikan satu inspirasi buat kita. Jadi siapa yang belum baca boleh baca disini Fokus Mengejar Mimpi
Harini nak cakap sikit tentang bagaimana nak berjaya.
Saya tahu semua orang nak berjaya dalam hidup, semua orang nak happy dalam life mereka. Betul tak. Cuba tanya diri anda?
Simpan jawapan dalam hati. Sudah? teruskan baca.
Ya, saya jugak nak berjaya, saya jugak nak happy dalam kehidupan saya.
Jika Ya. Jadi harini saya akan kongsi sedikit motivasi untuk berjaya. Nak berjaya nih ada pelbagai cara yang kita boleh cuba. Tapi yang saya mahu kongsikan ini berkaitan dengan cara kita berfikir. Cara kita berfikir untuk berjaya.
Perasan tak, kadang-kadang bila kita cuba untuk berubah ada saja benda negatif yang datang untuk meracuni dalam pikiran kita.
Contohnya, datang perasaan takut untuk mencuba, takut gagal, rasa malas. Pada awalnya semangat, kemudian bila fikir-fikir balik
Boleh ke aku berubah, Boleh ke aku berjaya,
Kemudian muncul rasa malas. Dan akhirnya kembali ke tempat asal (Tidak berubah apapun). Pernah tak jadi macam tu? Kalau pernah berhentilah berfikiran sebegitu.
Bila kita pikir negatif, pikir kelemahan diri kita, bandingkan kita dengan kejayaan orang lain. Benda macam nih yang buat kita down. Berhentilah pikir macam tu. Sebenarnya kita boleh. Cuma kita perlu ubah cara kita menilai sesuatu. Yang mana negatif, yang mana positif.
[Baca Juga] Cara nak jadi orang yang positif
[Baca Juga] Cara nak jadi orang yang positif
Bila dah selalu pikir negatif. Seluruh aura negatif akan ada dekat kita. Kita akan rasa down selalu. Kita rasa malas. Kemudian putus asa.
Untuk kalini cuba ubah pulak dari negatif kepada positif.
Apa yang kita nampak negatif kita positifkan dia. Belajarlah untuk berfikir positif, fikir yang baik-baik. Insyaallah apa yang kita usahakan berjaya.
Bila dah pikir positif secara automatik kita jugak akan bersemangat, sebab kita dah tak pikir lagi benda-benda yang boleh buat kita rasa down.
Bila dah semangat baru kita akan rasa happy selalu. Orang lain tengok kita pun, mereka jugak akan happy. Kita pulak jadi inspirasi kepada mereka.
Apa yang saya kongsi ini sebagai peringatan buat diri saya juga. Yang mana baik kita ambil, yang mana buruk kita buang jauh-jauh.
[Baca Juga] Motivasi gagal bukanlah pengakhiran
0 Response to "Bagaimana nak berjaya kalau selalu fikir negatif"
Post a Comment