Kata-Kata Motivasi Diri Dalam Kehidupan Seharian
Wednesday, June 26, 2019
1 Comment
Assalamualaikum,
Sembang Kejayaan - Harini saya nak kongsi sedikit tentang kata motivasi diri setiap hari yang boleh kita amalkan. Semoga dengan kata motivasi ini membuatkan kita lebih semangat menjalani kehidupan seharian. Kalau nak tahu teruskan membaca sampai habis.
Anda seorang yang malas atau tidak bersemangat? Kebanyakan orang akan mengalami perasaan malas pada awal paginya. Mereka seolah-olah tidak bersemangat untuk melakukan pekerjaan pada hari tersebut.
Dan ada juga yang berfikir bahawa mereka tidak boleh berjaya seperti orang lain yang membuatkan mereka tidak bersemangat pada hari tersebut dan berfikir semua yang dilakukan akan gagal.
Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana kita selalu berfikiran negatif, tidak yakin pada diri sendiri yang sebenarnya kita boleh berjaya.
Jadi disini ada kata kata motivasi yang boleh kembalikan semangat kita setiap hari. Cuba amalkan cara ini setiap pagi sebelum memulakan sesuatu kerja. Motivasi ini boleh membantu kita meningkatkan semangat untuk menjadi manusia yang hebat.
Baca Juga: 25 Kata-kata Mutiara Kehidupan & Motivasi
Baca Juga: 25 Kata-kata Mutiara Kehidupan & Motivasi
Berikut merupakan langkahnya :
Cuba tutup mata anda, kemudian senyumlah.
Pada awal pagi, penuhilah dengan rasa syukur.
Syukurlah kita sehingga saat ini kita masih boleh bernafas, syukurlah atas penglihatan, pendengaran serta kekuatan yang masih diberikan oleh Tuhan.
Bersyukurlah atas kesihatan yang tidak ternilai. Kita diberikan kesihatan yang baik supaya kita dapat melakukan kerja seharian. Bersyukurlah atas nikmat yang diberikan yang tidak boleh dihitung jumlahnya.
Hari ini akan menjadi hari yang terbaik berbanding hari-hari yang lain. Hari ini akan menjadi pengalaman hidup yang luar biasa. Apa yang dirancangkan pada hari ini akan berhasil dengan jayanya.
Jika kelmarin anda merasakan kegagalan, kekecewaan, LUPAKAN semua itu. Kerana hari ini adalah hari yang baru.
Teruslah bergerak dan berlarilah sekuat-kuatnya. Kerana orang yang bergerak maju mendekati impian akan berjaya. Manakala orang yang duduk santai tidak akan mendapat apa-apa. Dan mereka pasti akan ketinggalan.
Lakukanlah sesuatu ! Belajarlah sesuatu yang baru supaya tidak ketinggalan disamping dapat menjadi orang yang berpengetahuan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk berjaya !
Kamu pasti mampu ! Kamu boleh lakukan !
Apa yang kamu cita-citakan pasti akan tercapai. Percayalah pada diri sendiri. Buktikan kepada orang sekeliling yang pernah merendah-rendahkan impian kamu. Buktikan bahawa kamu boleh melakukannya.
Berjuanglah demi cita-cita itu !
Tidak ada yang tidak mungkin untuk mencapainya kecuali tidak berusaha. Keluarkan semua tenaga, kekuatan, semangat pada hari ini.
Ingatlah orang-orang tersayang yang selalu memberikan semangat. Dan ingatlah doa-doa mereka. Jangan sesekali kecewakan mereka. Buatlah mereka bangga dengan diri kamu. Jadikan air mata mereka yang mengalir yang membasahi pipi itu sebagai air mata kebahagian kerana bangga melihat kamu.
Jadilah manusia yang hebat yang mampu menyumbang kepada negara dan juga orang lain. Berkasih sayanglah sesama kita. Bantulah mereka yang berada dalam kesusahan. Sebab kamu adalah manusia yang terbaik.
Isilah fikiran kamu dengan fikiran yang positif. Buatlah keputusan dengan baik dan bijak. Keluarkan idea-idea yang bernas dan bakat yang sudah lama terpendam dalam diri.
Beranilah dalam melakukan sesuatu kerana sifat orang yang berjaya itu adalah berani dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.
Takutlah jika tidak melakukan sesuatu. Mereka yang berjaya kerana mereka mempunyai semangat berjuang yang tinggi. Tidak ada yang boleh menghentikan cita-cita kamu.
Baca Juga: 30 Kata-Kata Motivasi Penyemangat Hidup Luar Biasa - Motivasi & Inspirasi
Baca Juga: 30 Kata-Kata Motivasi Penyemangat Hidup Luar Biasa - Motivasi & Inspirasi
Jika menempuhi rintangan yang besar yang membuatkan kamu jatuh dan membuatkan kamu kecewa sehingga hampir untuk berputus asa. Bangunlah dengan segera !
Kemudian ingat kembali tujuan hidup dan cita-cita kamu. Sentiasa beringat bahawa di hadapan sana akan ada harapan. Jangan pernah berputus asa.
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Dengan bersyukur hidup akan menjadi berkat. Dan berhentilah menyalahkan orang lain kerana dirimu yang bertanggungjawab atas kejayaan kamu sendiri.
KAMU ORANG YANG HEBAT !
Terima kasih. Semoga bermanfaat untuk semua.
Terima kasih. Semoga bermanfaat untuk semua.
thanks for sharing, terutama bersyukur atas napas hidup yang kita terima hari demi hari secara gratis (cuma - cuma) bila napas hidup tersebut harus kita bayar, katakan seribu sehari berapa duit yang kita bisa bayar untuk 23 tahun yang kita lewati 40 tahun yang kita lalui atau 50 tahun yang mengajarkan kita arti hidup yang sebenarnya. Sangat inspirasi artikel ini, salam
ReplyDelete