-->

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang



Sembang Kejayaan - Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Pulau Mutiara merupakan sebuah negeri yang selalu menjadi pilihan ramai pelancong luar Malaysia untuk datang bercuti di negeri Pulau Pinang yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kalau anda nak tahu, negeri ini juga terkenal sebagai "Syurga Makanan" kerana terdapat banyak tempat makan yang best-best dan menarik di sini seperti Nasi Kandar, Pasembur, Laksa Penang, dan macam-macam lagi jenis makanan yang anda boleh jumpa di sini.


Selain popular dengan pelbagai jenis makanan, di negeri ini juga terkenal dengan tempat-tempat menarik, cantik dan unik yang membuatkan para pengunjung tertarik untuk datang ke negeri ini. Tidak hairanlah kenapa negeri ini selalu menjadi pilihan pelancong luar Malaysia untuk datang bercuti di negeri ini. Sebabnya, dua dalam satu. Ada tempat-tempat cantik dan ada tempat makan yang best-best dalam satu negeri iaitu Pulau Pinang/Penang.

Datang bercuti di Penang tapi tak tahu di mana tempat yang menarik dan best yang ada di Penang? Jom kami bawakan anda



1. Batu Ferringhi

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Sekiranya anda mahukan satu destinasi untuk bercuti bersama keluarga di tepi pantai, Pantai Batu Ferringhi adalah satu destinasi yang popular untuk anda datang bercuti di sini. Merupakan kawasan pantai peranginan yang cantik di Penang. Dekat pantai ini juga ada banyak aktiviti menarik yang boleh anda sekeluarga cuba seperti banana boat, jetski, parasailling, naik kuda dan sebagainya. Tidak hairanlah kenapa pantai ini menjadi tumpuan sebabnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Pada hujung minggu, pantai ini selalu menjadi tumpuan untuk beriadah ke sini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.


2. Jetty Chew

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Bagi anda yang kaki travel yang suka teroka tempat-tempat yang cantik dan unik untuk bergambar. Jangan lupa untuk singgah ke Jetty Chew yang terletak di Pengkalan Weld. Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah tujuan untuk bergambar semata-mata. Sepanjang perjalanan ke penghujung jetty, anda dapat melihat rumah-rumah atas air yang sangat unik dan ada juga kedai-kedai kecil yang menjual soveniour dan lain-lain. Jetty ini mempunyai pemandangan yang cantik yang membuatkan ramai pengunjung setempat dan luar datang untuk bergambar di sini.


3. Penang Street Art

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Penang Street Art juga merupakan salah satu tempat yang popular bagi pelancong. Kerana di sini terdapat lukisan-lukisan yang dilukis pada dinding bangunan di sekitar bandar Georgetown yang sangat unik dan cantik yang membuatkan tempat ini selalu menjadi tumpuan orang ramai datang bergambar di sini.

4. Bukit Bendera

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Kalau datang ke Penang, memang tak lengkap kalau tak singgah ke Bukit Bendera. Bukit Bendera merupakan salah satu destinasi menarik dan popular bagi penduduk setempat dan pelancong luar yang bercuti di negeri ini. Pemandangan sekeliling yang di puncak Bukit Bendera sangat menarik dan cantik. Bagi yang kaki bergambar perlu datang ke sini. Di puncak Bukit Bendera juga, anda dapat menikmati pelbagai makanan menarik antaranya Ais Krim, Lai Ci Kang dan pelbagai menu lain yang terdapat di puncak bukit. Ketika musim cuti persekolahan, Bukit Bendera menjadi tumpuan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan keluarga tercinta.


5. Design Village Outlet Mall

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Design Village Outlet Mall merupakan satu destinasi menarik untuk membeli belah yang sering menjadi tumpuan orang ramai shopping di sini. Apa yang menarik tentang Design Village Mall ini, ianya mempunyai keunikan seni bina yang berbeza dengan pusat membeli belah yang lain. Selain itu, ruangan mall ini sangat besar dan mempunyai banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan berjenama di sini. Bagi yang kaki shopping mesti rambang mata melihat baju-baju, kasut, dan macam-macam lagi yang ada di sini. Tidak hairanlah kenapa ramai pelancong yang berkunjung ke sini kerana jenama dan harga barangan yang di jual dengan harga yang berpatutan.


6. Escape Theme Park 

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang


Satu lagi destinasi menarik di Pulau Pinang iaitu di Escape Theme Park. Destinasi ini sangat popular dengan aktiviti-aktivitinya yang extreme. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti fizikal yang mencabar, di sinilah destinasi yang sesuai bila datang ke Penang. Selain popular dengan aktiviti lasak, terdapat juga aktiviti yang sesuai dilakukan bersama keluarga dan kanak-kanak.

Bagi yang datang bersama keluarga dan anak-anak, di sini juga terdapat taman tema air yang boleh anda bermandi-manda di sini.


7. Entopia by Penang Butterfly Farm

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Entopia by Penang Butterfly Farm yang terletak di Teluk Bahang merupakan salah satu tempat menarik yang perlu dikunjungi bila bercuti di Penang. Bila datang bercuti di Penang bersama keluarga dan anak-anak, destinasi ini sangat disyorkan untuk anda sekeluarga. Taman rama-rama ini dihiasi cantik, ditambah pula rama-rama yang berwarna-warni pasti membuatkan anak-anak berasa kagum, lebih-lebih lagi apabila melihat rama-rama yang cantik berterbangan bebas datang hinggap di badan. Itu pengalaman yang jarang-jarang boleh anda dapatkan di tempat lain.


8. Penang 3D Trick Art Museum

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Bila bercuti di Penang bersama anak-anak, sudah tentu kita mencari tempat menarik di Penang yang boleh membuatkan kanak-kanak seronok dan leka bermain sampai lupa nak balik. Hahaha. Ini dia Penang 3D Trick Art Museum merupakan destinasi menarik untuk luangkan masa bersama anak-anak dan keluarga. Terdapat banyak gambar menarik yang dilukis pada dinding muzium yang berbentuk 3D. Datang ke sini, jangan lupa bawa kamera dan bergambar di sini sebagai kenangan nanti. 


9. Penang Avatar Secret Garden

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Ini merupakan salah satu tempat menarik di Penang. Jika anda mahu melihat suasana seperti dalam filem avatar, datanglah ke Penang Avatar Secret Garden. Anda boleh menikmati keindahan taman ini bersama keluarga dan anak-anak. Taman ini dihiasi indah dengan lampu-lampu berwarna-warni yang sangat cantik, seakan-akan berada di dalam dunia fantasi. Kalau datang ke taman ini, memang rugi kalau tak bergambar.


10. Ice Cafe Penang

Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang

Pernah dengar tentang cafe yang berkonsepkan ais? Menarik kan! Di Pulau Pinang terdapat Ice Cafe dan ia menjadi tempat menarik di Penang yang perlu dikunjungi. Ice Cafe merupakan tempat menarik untuk bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan dan anda boleh menikmati pelbagai jenis dessert, aiskrim, buah-buahan sambil menikmati suasana di dalam ais.

Baca Juga:



1 Response to "Apa Yang Menarik Dekat Penang? Ini Dia Tempat Menarik Di Penang"

  1. Been so long I didnt visit penang. The last was my ex husband propose to me and that is the last! Should visit !Thanks for sharing!

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel