-->

Senarai Tempat Menarik Di Terengganu Yang Perlu Dikunjungi


Selamat datang ke Negeri Terengganu.

Di negeri ini, selain terkenal dengan makanan-makanan Timur yang sangat digemari pelancong kalau datang di negeri ini seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Keropok Losong, dan sebagainya.

Di negeri ini juga terdapat tempat-tempat yang menarik untuk kita singgah kalau datang ke sini. Kita amat beruntung kerana di Malaysia terdapat tempat-tempat yang menarik ala-ala seperti di Overseas. Bagi yang suka travel, suka melihat tempat-tempat cantik dan sukakan aktiviti lasak anda boleh jadikan Terengganu adalah salah satu pilihan di hati anda.



1. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian merupakan tempat percutian yang menarik

Kalau datang ke Terengganu, cubalah untuk datang ke Pulau Perhentian untuk bercuti di sini. Sebabnya pemandangan disini sangat cantik. Tempat pun lawa, memang rugi kalau tak bergambar di sini untuk buat kenangan nanti. Bagi yang suka travel tempat-tempat yang sejuk bila mata memandang di sinilah tempat yang sesuai untuk anda. Selain pasir yang halus dan putih, air pun jernih kebiruan. Memang ternganga tengok air laut. Dah macam dekat overseas. Memang best view.

Selain itu, dekat sini juga ada aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda cuba. Bagi yang suka aktiviti lasak, di sini menyediakan aktiviti utama bagi pengunjung yang datang pulau ini adalah snokeling dan menyelam. Tetapi, bagi yang kurang gemar dengan aktiviti tersebut, anda boleh cuba aktiviti lain yang telah disediakan.


2. Bukit Keluang

Bukit Keluang merupakan tempat yang cantik untuk melihat sunrise

Bagi yang kaki hiking, sukakan aktiviti lasak, Bukit Keluang adalah tempat menarik yang boleh anda cuba. Bukit ini terletak di Besut, Terengganu.

Hiking di sini sangat seronok sambil-sambil menikmati keindahan alam, dapat melihat kehijauan pokok-pokok sambil mendengar bunyi burung berkicauan. Memang best hiking dekat sini. Jalan turun dan naik yang agak mencabar. Bagi anda yang tak biasa hiking, dinasihatkan untuk lebih berhati-hati. Bagi yang suka hiking di tempat-tempat lasak memang sesuai. Rasa berbaloi sangat bila sampai ke puncak. Pemandangan di atas sangat cantik sebab boleh lihat keluasan laut dan pulau-pulau dari puncak bukit. Kebanyakan orang datang ke sini untuk hiking di awal pagi sebab boleh tengok sunrise. 


3. Pantai Batu Burok

Pantai Batu Burok merupakan pantai tercatik di Terengganu

Kalau datang ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah ke Pantai Batu Burok, sebab ia adalah salah satu daripada kawasan pantai yang terkenal di negeri Terengganu. Apa yang best dekat sini, lokasinya tidak jauh dari Kuala Terengganu yang menyebabkan pantai ini menjadi pilihan ramai.

Selain pemandangan pantai yang cantik dan berpasir putih yang halus, ianya juga turut dihiasi indah dengan kehadiran pokok-pokok rhu yang tumbuh tinggi di sekitar pantai.

Pantai ini sangat sesuai datang bersama keluarga dan anak-anak kecil untuk beriadah di sini. Sebabnya, banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan pantai. Untuk memeriahkan lagi lawatan anda bersama sekeluarga ke Pantai Batu Buruk, anda boleh bermain layang-layang, belon buih yang dijual di gerai yang terdapat di sekitar pantai.


4. Jambatan "Drawbridge"

Tempat Menarik Di Terengganu Yang Perlu Dikunjungi

Jambatan Drawbridge atau lebih dikenali sebagai jambatan angkat merupakan tempat menarik di Terengganu. Inilah jambatan yang paling canggih yang ada di Kuala Terengganu. Jambatan ini menjadi pilihan ramai disebabkan reka bentuknya yang moden dan turut serta lampu yang agak menarik bila di lihat pada waktu malam. Ramai orang luar datang ke Terengganu akan pergi ke jambatan ini untuk bergambar di sini kerana pemandangannya yang cantik dan sesuai untuk bergambar dengan background jambatan ini


5. Pasar Payang

Pasar Payang merupakan tempat menarik di Kuala Terengganu

Walaupun Pasar Payang sudah bertahun-tahun lamanya, ianya masih lagi menjadi destinasi terbaik buat pengunjung. Macam-macam ada yang dijual di sini  antaranya produk hasil daripada orang Terengganu seperti keropok keping, beras nasi dagang, ikan masin, kerepek, atau periuk belanga dengan harga yang berpatutan.

Kalau datang sini juga, terdapat banyak jualan baju-baju yang membuatkan pengunjung menjadi rambang mata kerana sukar membuat pilihan apabila melihat kain batik, pakaian-pakaian muslimah, T-shirt, baju kurung, jubah-jubah untuk dibawa balik. Kerana semuanya cantik-cantik yang dijual di sini dengan harga berpatutan.


6. Kampung Cina

Kampung Cina Merupakan Tempat Menarik Dan Unik Yang Terletak Di Terengganu

Bagi yang suka bergambar dan post di media sosial seperti Instagram, Facebook dan juga Twitter. Jangan lupa untuk singgah ke Kampung Cina yang terletak di Kuala Terengganu. Jangan lepaskan peluang untuk singgah ke sini kerana tempatnya yang agak unik untuk bergambar. Tempat ini di reka khas berbentuk Chinatown seolah-olah berada di negara China. Terdapat juga lukisan-lukisan pada dinding yang sangat unik dan cantik.


7. Uptown Kontena

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Terengganu Yang Perlu Dikunjungi

Uptown Kontena atau lebih dikenali sebagai Dapo Pata merupakan tempat makan tepi pantai yang paling popular sekarang ini yang berkonsep kontena. Tempatnya agak menarik dan "Hipster" di Terengganu. Ianya terletak di Gong Badak, Kuala Terengganu. 

Di sini, pengunjung boleh menikmati hidangan sambil mendengar bunyi pantai dengan angin pantai yang dingin. Pemandangan di sini amat cantik yang dihiasi lampu seperti pasar malam dan jangan lupa untuk bergambar di sini. 


8. Masjid Kristal

tempat popular di negeri Terengganu

Kalau bercuti di Terengganu, tak cukup lengkap kalau tak singgah ke Masjid Kristal. Masjid Kristal merupakan salah satu tarikan pelancongan di Kuala Terengganu yang mesti dilawati kalau datang ke negeri ini. Oleh kerana reka bentuknya yang agak menarik dan unik, kebanyakkan pelawat yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan masjid ini untuk dijadikan kenangan bila datang ke negeri Terengganu Darul Iman ini.


9. Pantai Seberang Takir

Tempat percutian di Malaysia seperti di overseas

Ini merupakan tempat viral di Terengganu. Bagi yang suka bergambar, persisiran pantai Seberang Takir menjadi pilihan orang ramai yang singgah ke negeri ini untuk bergambar di sini pada waktu petang. Pemandangannya yang cantik, serta air laut kebiruan, berpasir putih seolah-olah berada di pantai dekat Australia. Dari persisiran pantai ini, kita boleh lihat jambatan Drawbridge daripada jauh yang membuatkan view jadi lebih menarik dan cantik.


Jadi inilah tempat-tempat yang menarik yang perlu anda lawati kalau datang ke negeri Terengganu Darul Iman ini.


1 Response to "Senarai Tempat Menarik Di Terengganu Yang Perlu Dikunjungi"

  1. Ada beberapa tempat yang pernah pergi dah, Masjid Kristal ..nak lagi datang ke sana..nanti

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel