5 Tips Bersihkan Hati Agar Hidup Lebih Baik & Semakin Bahagia
Wednesday, June 10, 2020
9 Comments
Sembang Kejayaan - Hati manusia ibarat raja atau penguasa dalam diri. Jika hati itu baik, maka baiklah kehidupan seseorang itu tetapi jika hati itu buruk, bermasalah dan tidak bersih pasti memberi kesan yang tidak baik pada seluruh kehidupan.
Hati tidak selalunya bersih. Jadi, sebagai umat Islam kita wajib berusaha untuk sentiasa membersihkan hati dari sebarang kemaksiatan. Memiliki hati yang bersih juga menjadikan hidup kita lebih tenang dan bahagia dunia dan akhirat. Jom sama-sama bersihkan hati.
5 Tips Bersihkan Hati Agar Hidup Lebih Baik & Semakin Bahagia
1. Jangan cari salah orang
Jangan sibuk mencari salah orang lain sedangkan salah dan silap diri sendiri pun banyak yang belum diperbaiki. Sedar kita sendiri juga banyak melakukan kesalahan. Jadi berhentilah mencari kesalahan orang lain.
Setiap manusia memang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Itulah kelemahan kita semua, sentiasa akan buat salah. Daripada kita terus mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang lain, lebih baik kita fokus memperbaiki diri sendiri.
2. Jangan menghina orang lain
Kebiasaannya ini terjadi apabila kita terlalu ikutkan hawa nafsu marah sehingga boleh mengeluarkan kata-kata yang mengutuk sifat fizikal seseorang dengan tujuan untuk menyakitkan hati orang itu.
Perbuatan menghina sifat fizikal seseorang tidak sepatutnya berlaku kerana tanpa kita sedar perbuatan ini sudah menghina ciptaan Allah dan hukumnya haram.
Jadi hati-hati. Sentiasalah beringat marah macam mana sekalipun pada seseorang itu jangan sampai menghina. Lebih baik diam ketika marah dari berkata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Ada banyak cara yang boleh dilakukan apabila berhadapan dengan situasi marah. Yang pasti jangan terlalu ikutkan hawa nafsu ketika marah.
Baca Juga: 5 Tips Mengawal Emosi Ketika Marah
3. Jangan iri hati dan dengki pada orang lain
Salah satu sifat terkeji yang wajib dibersihkan dari hati orang Mukmin adalah sifat dengki. Sifat dengki sangat bahaya kerana boleh mendatangkan kerosakan pada diri orang yang mempunyai sifat dengki.
Penyakit hati ini jika dibiarkan akan menimbulkan perasaan benci, tidak puas hati dan akhirnya boleh membawa kepada permusuhan dengan orang yang didengkinya itu. Bila sudah menjadi musuh, akan terjadilah kata-mengata, hina menghina dan sebagainya.
Selain itu, sifat dengki juga boleh merosakkan amal. Maksudnya, segala amal soleh kita akan rosak (hilang) jika di dalam hati ada perasaan dengki terhadap orang lain.
Oleh sebab itu, kita sebagai seorang Mukmin sewajarnya berusaha membersihkan hati dari rasa dengki kepada sesiapa sahaja kerana ia amat merugikan kepada diri, agama, amal dan iman kita.
4. Selalu mengingati Allah SWT
Sentiasa mengingati Allah dengan mendirikan solat baik solat wajib 5 waktu, solat taubat, solat tahajud dan lain-lain. Selain itu, memperbanyakkan zikir, berdoa dan membaca al-Quran juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bahkan, dapat membersihkan hati dari kekotoran serta melembutkan hati yang keras.
5. Memupuk sifat pemaaf
Jika seseorang itu sukar nak memaafkan kesalahan orang lain, itu tandanya dalam dirinya masih ada perasaan benci dan dendam dalam hati. Hati yang berdendam adalah ciri hati tidak bersih dan punca hati tidak tenang.
Sebab itu, cubalah terapkan budaya memaafkan dalam diri kita. Walaupun memaafkan memang sangat sukar dilakukan, tapi belajarlah memaafkan kesalahan orang lain. Tak dapat apa-apapun jika kita berdendam. Sebenarnya, kebahagiaan adalah apabila kita memaafkan orang lain. Bila kita maafkan orang lain hidup kita akan lebih bahagia.
Jadi, janganlah kita mengabaikan sifat memaafkan ini. Sifat pemaaf akan melahirkan hati yang bersih. Hati yang bersih pula akan menjadikan kita orang yang baik dan sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjauhi kemaksiatan.
Wallahua'lam
Alhamdulillah dah memaafkan orang. Ingatkan diri tak semua orang sempurna.
ReplyDeleteSangat langka orang yang sudah kaya hati, kaya harta pula hehe... Orang yang kaya hati sudah pasti ikhlas,selalu menghargai oranglain, dan berjiwa sosial tinggi
ReplyDelete6.Sentiasa bersyukur
ReplyDeleteSentiasa husnuzon....
ReplyDelete@NA Setuju
ReplyDelete@Vicky Chahyagi 👍
@Warisan Petani Betul tu, setuju sangat. Kena sentiasa bersyukur.
@norhidana Yup, betul..kena sentiasa husnuzon dlm setiap keadaan yg berlaku walaupun perkara tu buruk pada pandangan kita
@Diana Rashid Betul tu, bergaul dgn orang ada penyakit hati jugak akan menjurus kita melakukan perkara yg tak baik yg boleh merosakkan hati.
terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini.
ReplyDeletekena selalu bersangka baik dengan Allah, semua terjadi pasti aturannya yang terbaik buat kita :)
ReplyDeleteFollow!
sama-samalah kita. Terima kasih ingatkan.
ReplyDeleteAssalamualaikum... terima kasih utk peringatan mesra ini. Boleh audit diri.
ReplyDelete