-->

7 Cara Tenangkan Fikiran Yang Berserabut

Sembang Kejayaan - Pernah tak anda mengalami situasi di mana fikiran jadi serabut sehingga membuatkan hati jadi jadi gelisah. Macam-macam hal yang difikirkan, tapi masalah tak selesai-selesai juga. Makin di fikir makin berserabut dibuatnya, dan lebih besar masalah yang dirasakan sedangkan masalah itu kecil saja, tetapi disebabkan terlalu over-thinking terhadap masalah, hasilnya akan bertambah serabut. Jadi, saya nak kongsikan sedikit tips untuk menenangkan fikiran.

7 Cara Tenangkan Fikiran Yang Berserabut


7 Cara Tenangkan Fikiran Yang Berserabut

1. Tulis

Antara sebab utama fikiran menjadi serabut adalah kerana dipengaruhi kesibukan harian, lebih-lebih lagi kalau melibatkan tugasan yang banyak menggunakan otak. Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran. Jadi, cuba sediakan satu buku nota dan tuliskan apa sahaja yang anda sedang fikirkan, curahkan segalanya di atas kertas. Dengan kaedah ini, sedikit sebanyak ia akan buat kita kembali tenang dan fikiran jadi semakin lapang. Bahkan, dapat memudahkan kita mencari jalan keluar untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

2. Ambil wuduk

Bagi yang beragama Islam, mengambil air wuduk juga dapat memberikan kesegaran pada hati dan fikiran kita. Sekiranya masih belum tenang, sebaik-baiknya dirikanlah solat sunat 2 rakaat. Solat sunat selepas mengambil wuduk adalah digalakkan. Selesai solat, berdoalah agar diberi ketenangan hati dan fikiran.

3. Tidur yang cukup

Kadang bila tidur tak cukup, badan akan cepat letih dan fikiran pun jadi tak tentu arah, berserabut! Jadi, untuk menenangkan fikiran kita perlu merehatkan minda kita dengan mendapatkan tidur yang mencukupi. Bila kita dapat rehat dan tidur yang cukup, kita akan bangun dengan badan yang lebih segar, malah fikiran juga kurang serabut! Mood pun juga akan bertambah baik. Oleh itu, mendapat tidur yang mencukupi adalah sangat penting bagi setiap orang untuk mengekalkan badan yang sihat.

Baca Juga: Pentingnya Tidur Yang Mencukupi Dalam Kehidupan Seharian

4. Tarik nafas dalam-dalam

Tarik nafas juga membantu menenangkan fikiran. Apabila anda rasa fikiran terlalu serabut, berhenti seketika kerja yang anda buat dan cuba tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskan secara perlahan-lahan. Ulangi teknik ini beberapa kali. Dengan teknik ini anda akan rasa tenang dan fikiran pun jadi lapang.

5. Tengok ikan di dalam akuarium

Memelihara ikan hiasan di rumah bukan sahaja dapat mempercantikkan pemandangan, tetapi juga memiliki manfaat untuk menenangkan diri. Tengok ikan berenang di dalam akuarium pun boleh membuatkan fikiran menjadi sedikit tenang dan relaks. Bahkan, mendekatkan diri kepada alam semula jadi. Kajian juga menunjukkan bahawa melihat ikan berenang di akuarium dapat menurunkan tekanan darah dan degupan jantung.

Baca Juga: 6 Cara Menghilangkan Stress

6. Jangan terlalu memikirkan masalah

Salah satu punca fikiran menjadi serabut adalah terlalu memikirkan masalah. Sebenarnya semakin kita berfikir, semakin fikiran kita menjadi lebih sempit. Malah lebih banyak masalah yang kita dapat. Atas alasan itu, bukan bermakna kita tak boleh fikir atau terus mengabaikan masalah tersebut. Cuma bersedahanalah dalam berfikir.

Cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah  kita fokus kepada penyelesaian bukan pada masalah kerana apabila kita terlalu memberi tumpuan pada masalah ia akan mengaktifkan emosi yang negatif.

7. Berkongsi masalah dengan seseorang

Sesetengah orang bila ada masalah mereka tak boleh pendam seorang diri, mereka lebih suka kongsikan dengan orang yang mereka rapat sama ada ahli keluarga, kawan rapat dan sebagainya. Dengan meluahkan dan kongsi segala permasalahan, mereka akan berasa lega, fikiran jadi tenang dan lapang. Jadi, berkongsi masalah pun sebenarnya dapat membantu kita tenangkan dan kosongkan fikiran kita.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba :)

11 Responses to "7 Cara Tenangkan Fikiran Yang Berserabut"

  1. Betul juga bila serabut, tidur kejap. Tidak pun bertenang baca al-Quran.

    ReplyDelete
  2. Mudah2an boleh tenang fikiran yang berseabut tu

    ReplyDelete
  3. Pernah sangat. Hehe. Tips2 di atas membantu. 😊

    ReplyDelete
  4. bercerita masalah kita pada kawan atau seseorang yang rapat dengan kita mmg sangat membantu

    ReplyDelete
  5. Yang nombor 1 tu penting bagi saya hehe

    ReplyDelete
  6. kadang-kadang hati x tenang kerana memikirkan masalah yg belum berlaku.

    ReplyDelete
  7. nk jadi bujang senang xde masalah., hehehe

    ReplyDelete
  8. Lihat ikan di akuarium bagus dicoba nih.
    Ngga lagi suntuk saja sudah senang lihat ikan,apalagi pas suntuk ya .. langsung mata hati jadi ikutan seger.

    ReplyDelete
  9. ada juga guna bbrapa tips yg diberikn..Terima kasih atas tips berguna ini :)

    ReplyDelete
  10. Thanks for the tips! Selain dari semua yang disebutkan tu, Cik TK dengar muzik untuk menenangkan diri

    ReplyDelete
  11. tidur yg cukup tu penting.. baru otak dapat berfungsi dgn baik...

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel