-->

5 Tips Mengawal Emosi Ketika Marah

5 Tips Menghilangkan Rasa Marah

Sembang Kejayaan | Siapa yang tak pernah marah? Semua pasti pernah. Sifat marah merupakan fitrah atau satu perasaan yang wujud secara semula jadi dalam diri setiap manusia.

Emosi marah ini akan tercetus tatkala kita disakiti, dizalimi atau menghadapi sebarang masalah. Walaupun emosi marah ini adalah sifat semula jadi kita, sebagai seorang Muslim hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala perkara yang boleh menyebabkan kemarahan.

Bila timbulnya perasaan marah, apa yang patut anda lakukan untuk menghilangkan kemarahan. Berikut merupakan cara yang boleh kita amalkan sewaktu kita sedang marah, antaranya ialah:


1. Bersabar

Ketika marah, cubalah untuk bersabar. Sememangnya bukan mudah untuk bersabar, lebih-lebih lagi dikala marah menguasai diri.

Tapi, antara marah atau bersabar, pilihlah untuk bersabar. Paksa juga diri untuk bersabar kerana orang yang bersabar tempatnya di syurga.

Cuba bayangkan jika rasa marah tidak dapat dikawal, mungkin kata-kata kesat dan kurang sopan akan keluar dari mulut kita. Jadi, sifat sabar amat diperlukan. Tanpa sabar, tidak mungkin seseorang itu mampu diam apabila marah sedang menguasai diri. Jadi, kita sebagai seorang Muslim, amat wajar menanamkan sifat sabar dalam diri, lebih-lebih lagi ketika marah.


2. Berdiam Diri

Ketika marah, lebih baik diam daripada menjelaskan apa yang kita rasa. Apabila diam, bukan sahaja dapat  mengawal marah malah kita juga dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang-orang yang berada di sekeliling kita.

Saat marah, mungkin di awal kita akan terasa puas. Tetapi, di hujungnya mungkin akan berakhir dengan seribu penyesalan dengan kata-kata yang terkeluar dari mulut kita. Jadi, lebih baik diam daripada berkata-kata ketika marah.

Baca Juga: Lebih Baik Diam Dari Berkata-Kata Ketika Hadapi Masalah


3. Minum Air

Banyakkan minum air kosong. Kerana air memang boleh meredakan rasa marah dan menyejukkan hati yang tengah panas. Apabila minum air kita juga akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan.

Selain itu, jika kita dapat berwudhuk adalah lebih baik. Kerana kemarahan itu adalah daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan api dapat dipadamkan dengan air. Jadi, jika marah hendaklah kita berwudhuk.


4. Berfikir Dahulu Sebelum Bercakap

Ada orang bila marah, dia main lepas sahaja kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Sebaiknya, fikir dahulu sebelum kita meluahkan apa yang ingin dikatakan.

Dalam keadaan sedang marah, seseorang boleh mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Jadi, ambil masa untuk kita berfikir sejenak kerana mungkin kita akan menyesal selepas mengeluarkan kata-kata dalam keadaan marah.


5. Ambil Masa Untuk Tenangkan Diri

Apabila rasa marah menguasai diri, maka sebaik-baiknya bawa bertenang. Ya! Bertenang adalah cara terbaik mengawal kemarahan. Fikirkan akibat dan kesan buruk yang bakal berlaku jika kita lepaskan rasa marah.

Cuba lafazkan zikir dan istighfar berulang-ulang kali. InsyaAllah dengan cara itu, hati kita akan lebih tenang.


Semoga bermanfaat.

5 Responses to "5 Tips Mengawal Emosi Ketika Marah "

  1. Memang selalu berdiam diri atau elakkan diri dari konfrontasi.

    ReplyDelete
  2. betul..klu tgh marah jgn respon dulu terhadap apa apa keputusan/perbuatan... ambil masa rileks untuk tenangkan diri terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  3. Kalau marah baik diam, kalau bersuara nanti mesti keluar maki.
    Saya suka baca perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. bukan senang nak kawal marah ni. paksa paksa dan paksa.....

    lama2 akan terbiasa

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel