-->

Jangan Ego! Ini Alasan Kenapa Pentingnya Minta Maaf Bila Buat Salah

Jangan Ego! Ini Alasan Kenapa Pentingnya Minta Maaf Bila Buat Salah

Sembang Kejayaan - Meminta maaf dan memaafkan merupakan salah satu kunci yang berkesan untuk menghapuskan segala konflik yang timbul.

Sudah menjadi lumrah dalam perhubungan pasti akan berlaku salah faham, pergaduhan dan sebagainya walaupun kadang-kadang kita usaha untuk jaga supaya tak bergaduh tapi tetap juga bergaduh tak kiralah sama ada kawan, suami isteri mahupun tunang pasti akan berlaku pergaduhan. Sedangkan lidah pun boleh tergigit apatah lagi dalam hubungan.

Dalam menjaga hubungan, jangan terlalu ego. Biasakan diri mengungkapkan perkataan maaf. Tak payah fikir siapa yang salah, minta maaf saja. Tapi, seandainya kita tahu yang kita salah, kecilkan hati seseorang maka kita lah yang paling utama untuk minta maaf. Jadi, jangan kalah dengan ego, pasti kita akan menyesal kemudian hari. Ini sebab kenapa pentingnya untuk kita minta maaf bila buat salah.

Buang Ego Dalam Hubungan


1. Dapat Menjaga Hubungan Yang Sudah Lama Terjalin

Ketika berbuat salah, maka segeralah untuk meminta maaf bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan. Jangan terlalu ego! Segala konflik yang timbul itu akan terlerai satu persatu jika kita mengakui kesilapan dan cepat-cepat memohon maaf. Selain berjaya menghapuskan konflik yang timbul, memohon maaf juga dapat menyelamatkan hubungan kita daripada terus retak.


2. Dapat Meredakan Keadaan

Dengan mengucapkan perkataan maaf sebenarnya dapat meredakan segala konflik dan dapat menenangkan emosi ketika marah. Tak payah fikir siapa salah. Minta maaf saja daripada terus berlaku pertengkaran.

Baca Juga: 5 Tips Mengawal Emosi Ketika Marah


3. Bukan Bererti Lemah

Kita meminta maaf tidak semestinya kita buat salah. Tapi, daripada terus tercetusnya perang dan demi menjaga tali persaudaraan dan orang yang kita sayang, apa salahnya kita mengalah kan? Tak susah pun sebenarnya nak lafazkan perkataan maaf. Ia menjadi susah apabila ego sudah mengusai diri. Jadi buanglah ego demi orang tersayang.


4. Dapat Mengawal Ego 

Ego juga dapat dihapuskan dengan perkataan 'maaf'. Buat salah, berterus terang dan minta maaf saja. Ini salah satu cara untuk tidak menunjukkan sikap penting akan diri sendiri. Jadi, buang ego kerana ia tidak bagus untuk diri. Malah, ego juga tak akan beri kita kebahagiaan. Hanya untuk kepuasan diri sendiri. Kesudahannya, kita yang menyesal.


5. Belajar Dari Kesilapan

Meminta maaf atas kesalahan juga membolehkan kita belajar dari kesilapan yang telah kita lakukan sekaligus dapat membuatkan kita lebih berhati-hati di masa hadapan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tak ada manusia yang sempurna. Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan. Jadi, bila buat salah kena berani akui kesalahan dan segera minta maaf. Itulah yang sebaik-baiknya. Jangan terlalu ego untuk memohon maaf!

Baca Juga: Setiap Manusia Tak Akan Pernah Lari Dari Melakukan Kesilapan!


6. Dapat Membersihkan Hati

Dengan meminta maaf juga sebenarnya dapat membersihkan hati dan menenangkan jiwa. Jauhilah dari sifat dendam, bermusuh-musuhan, apatah lagi untuk memutuskan silaturrahim. Jadi, berma’af-ma’afan lah sesama kita dengan seikhlas hati dan segera memperbaiki diri.


7. Mampu Selamatkan Rumah Tangga

Dalam kehidupan rumah tangga, kadang-kadang berlaku pergaduhan dan salah faham. Jadi, untuk mengelakkan dari tercetusnya perang yang lebih besar, tak salah untuk anda mengalah bagi memulihkan keadaan kembali stabil. Selain dapat meredakan keadaan, memohon maaf juga memberi kejayaan dalam rumah tangga anda kerana anda telah selamatkan daripada terus retak.

8 Responses to "Jangan Ego! Ini Alasan Kenapa Pentingnya Minta Maaf Bila Buat Salah"

  1. Tak mudah tapi kena minta maaf kalau buat salah.
    Maafkan juga walaupun orang tak minta maaf.

    ReplyDelete
  2. Maafkan semua orang setiap hari sebelum tidur.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Saya setuju semua tu. Bergaduh tu kadang-kadang perlu juga untuk sentiasa perbaiki diri.Saya pun kdg2 cari gaduh jugak. Lepastu, mintak maaf. Bila minta maaf tu pun, kadang-kadang berebut minta maaf. Berebut mengaku salah. Bila dah 0-0 baru perhubungan rasa fresh kembali...

    ReplyDelete
  4. buat salah dan terus mintak maaf kena disusuli dengan penyesalan. Memaafkan juga penting dapat membersihkan hati dan menenangkan jiwa seperti apa yang dikata.

    ReplyDelete
  5. Sebelum buat sesuatu tindakan kne fikir dlu..klu da terlajak kne minta maaf..heheh

    ReplyDelete
  6. Perkataan maaf ini payah nk ucap tapi bila kita minta maaf, pasti hati rasa tenang dan boleh move on

    ReplyDelete
  7. Muhasabah diri, orang nampak kelemahan kita maka usah penting diri kan..

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang terpaksa mengalah walaupun bukan kita yang salah

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel