Setiap Kepahitan Pasti Ada Kemanisan, Kuncinya Adalah Sabar
Monday, June 1, 2020
6 Comments
Sembang Kejayaan - Hidup ini tak selalunya indah. Langit tidak selalunya cerah. Sekali sekala ujian dugaan pasti datang dalam hidup ini. Ada rasa manis, pahit, tawar, suka, duka. Tapi, itulah yang menjadikan hidup berwarna-warni dan lebih bermakna.
Setiap kepahitan pasti ada kemanisan..setiap kesulitan pasti ada kemudahan. Itulah aturan yang Maha Pencipta, cukup sempurna. Kita sebagai manusia selalu alpa dan leka. Selalu tidak bersyukur dan sentiasa mengeluh bila ujian dan dugaan datang menimpa. Sedangkan ujian dan dugaan yang datang itu adalah untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah.
Kepahitan dan kesusahan dalam menempuh ujian itulah yang akhirnya akan membuahkan kemudahan dan kemanisan di penghujungnya. Kemanisan itu akan terasa sangat indah jika kita sabar menghadapi ujian, dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Orang yang tidak pernah merasai kesusahan dan kepahitan dalam kehidupan dan hanya merasakan kemanisan sahaja dalam hidup, pasti tidak akan mengenal kemanisan.
Baca Juga: Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah
Kesulitan dan kepahitan dalam hidup sebenarnya mengajar erti kehidupan yang sebenar dan menjadi guru terbaik dalam kehidupan yang memberi pengalaman yang sangat berguna. Kesulitan dan kepahitan dari ujian, dugaan dan rintangan dalam kehidupan itulah yang mengajar kita lebih berdikari dan matang dalam menempuhi pelbagai ragam dan dugaan mendatang dan dari situ juga kita belajar mendapat hati yang lebih kuat dari segala-galanya.
Janganlah kita mengeluh jika waktu ini kita dilanda kesulitan dan kepahitan kerana di penghujungnya pasti akan adanya kemudahan dan kemanisan. Dengan syarat kita teruskan bersabar dalam menempuh dugaan hidup.
Teruskanlah bersabar! Kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya. Allah uji sebab Allah sayang. Bersyukurlah dan redha menerima setiap ujian yang datang dengan penuh kesabaran. Kesabaran kunci kebahagiaan. Percayalah, orang yang sabar tak akan pernah rugi. Kepahitan yang di alami, pasti akan diganti dengan kebahagiaan yang tak pernah terlintas di hati. Jadi teruskan bersabar. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat.

Semoga bermanfaat
Sebenarnya kesenangan pun satu ujian juga.
ReplyDeleteKalau kita tengah susah,ingatkan diri ia akan berakhir. Cepat atau lambat sahaja.
@NA Betul tu, sy setuju. Thanks for advices :)
ReplyDeletesetuju, kesenangan dan kesusahan itu semua ujian Allah pada kita...
ReplyDeletebetul tu
ReplyDeletekesabaran sangat penting
Cuma Hans sendiri pun kadang2 tak sabar
hehehe
kepahitan dan kesulitan kita mengajar kita untuk jadi lebih kuat menghadapi ujian yang mendatang. Teruskan bersabar dan bersyukur selalu dengan ujian ni. InshaAllah
ReplyDeleteit really bring back my spirit!! thanks a lott!! <3 done follow youu.
ReplyDelete