-->

Setiap Manusia Tak Akan Pernah Lari Dari Melakukan Kesilapan!


Sembang Kejayaan - Setiap manusia tak akan lari dari melakukan kesilapan. Sama ada sekali atau berkali-kali. Sama ada kecil atau besar. Sama ada sedar ataupun tidak sedar. Tak ada manusia yang sempurna. Masing-masing pernah melakukan kesilapan. Semua orang pernah buat salah dan silap walaupun sekecil zarah.

Tapi, kita sebagai manusia, kita perlu berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berusaha untuk menghindari dari melakukan kesalahan. Masing-masing pernah melakukan kesilapan. Tapi, kita tetap ada pilihan untuk berubah. Jadilah manusia yang belajar dari setiap kesalahan dan mahu memperbaikinya.

Baca Juga:



Apabila kita fikir dan renung-renungkan, kita sedar bahawa diri kita ini banyak melakukan kesilapan. Tapi, kadang-kadang terasa malu juga dengan diri ini, bila orang ingat kita ini baik. Sedangkan kita tahu bagaimana kita yang sebenarnya. Kita sedar diri kita ini banyak kelemahan dan kita bukanlah orang yang baik. Tapi, biarlah orang nak anggap apa-apapun terhadap kita, yang penting kita sedar dan tahu bagaimana kita yang sebenarnya.

Tak Ada Manusia Yang Sempurna

Manusia yang baik bukanlah manusia yang tak pernah buat salah dan silap. Tapi, manusia yang baik adalah manusia yang sedar dan menyesal akan kesalahan yang telah dilakukannya. Walaupun kita banyak melakukan kesalahan tapi kita sebagai manusia ingin juga mengubah diri ini ke arah yang lebih baik dan tidak mahu mengulangi lagi kesilapan yang sama.

Semua orang pernah buat kesilapan. Kesilapan itu membuatkan kita sedar bahawa kita juga manusia biasa. Tetapi untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama menjadikan kita manusia yang berguna.

Semua orang pernah buat kesilapan. Kita buat silap supaya suatu hari kita tak akan buat silap lagi. Kalau kita tak pernah buat silap, kita akan tahu apa itu silap. Benda yang lepas, biarlah lepas. Kita jadikan ia sebagai pengajaran hidup buat kita supaya tidak melakukan lagi kesilapan yang sama.

Yang penting sekarang, kita usaha buat yang terbaik dan banyakkan berdoa kepada Allah supaya kita dapat menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga kita dapat keampunan dan keberkatan dari apa yang telah di lakukan sebelum ini.

Kita juga pendosa. Pendosa yang inginkan syurga. Jangan ungkit lagi kisah di masa lalu. Biarkan ianya berlalu. Sekarang fokus pada masa depan, takdir Tuhan itu indah. Jangan berhenti untuk berubah kerana pengakhirannya pasti indah. Insyaallah..


0 Response to "Setiap Manusia Tak Akan Pernah Lari Dari Melakukan Kesilapan!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel