-->

Resepi Aiskrim Goreng Sedap & Rangup

Sembang Kejayaan | Anda pernah makan aiskrim goreng? Kalau tak pernah, mesti pernah dengar kan? Aiskrim goreng memang sedap di makan, roti yang rangup diluar dan aiskrim yang sejuk di dalam.

Kalau nak tahu, senang saja nak buat aiskrim goreng ni. Jadi, hari ini saya nak kongsikan cara-cara macam mana nak menyediakan aiskrim goreng.

Kalau sebelum ini, nak makan aiskrim goreng terpaksa kena keluar pergi kedai. Tapi kali ini, apa yang lebih menarik jika kita boleh cuba buat sendiri di rumah yang pastinya ianya sesuai untuk santapan seisi keluarga dan anak-anak.

Resepi Lain:



Bahan yang digunakan pun hanya 2 bahan sahaja iaitu roti gardenia dan aiskrim. Apa jenis perisa pun boleh, ikut citarasa anda sendiri. Boleh juga kalau nak taburkan serbuk oreo, coklat chip atau coklat rice di atas aiskrim untuk menambahkan keenakan rasanya.

Resepi Aiskrim Goreng Rangup & Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Roti gardenia
2. Aiskrim (Perisa apapun boleh, ikut kegemaran masing-masing)


Cara menyediakan:

1. Ambil sekeping roti dan letakkan aiskrim secukupnya di tengah-tengah roti.

2. Kemudian ambil lagi sekeping roti dan letakkan di atas aiskrim tadi.

3. Ambil cawan plastik dan tekap pada bahagian roti yang ada aiskrim tadi. Pastikan roti ditekap dengan kuat. Jika ada lubang dekat tepi roti, tekan supaya roti tertutup dengan kemas bagi memastikan aiskrim tidak terkeluar sewaktu digoreng nanti.

4. Dah siap tekap roti, letakkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk beku dan biarkan paling kurang 1 jam. Lebih lama lagi bagus. Biar roti aiskrim yang ditekap tadi tu betul-betul beku. Baru lah tak cepat cair sewaktu goreng nanti.

5. Untuk menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas, barulah masukkan roti aiskrim yang dibekukan tadi. Goreng jangan terlalu lama, nanti aiskrim cepat cair.

Siap sudah untuk dimakan. Senang saja kan nak buat aiskrim goreng ni dan paling penting sedap. Silap silap anda boleh buat bisnes aiskrim dari rumah. Untuk itu, sekiranya anda berminat untuk mengetahui tentang selok-belok memulakan perniagaan aiskrim, anda boleh baca di Cara Nak Mulakan Bisnes Aiskrim. Selamat mencuba :)

6 Responses to "Resepi Aiskrim Goreng Sedap & Rangup"

  1. Senang. Ada rezeki boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat lagi ni... lepas bekukan sejam,terus goreng ke lps minyak dah oanas?

    ReplyDelete
  3. @NA : kan..senang ja kan

    @Warisan Petani : Boleh cuba nanti Wak hihi

    @Nana Liena : Yup, lepas bekukan boleh terus goreng.

    ReplyDelete
  4. teringat haritu sape punya video eh dia buat ni kelakar time nak buat bulat tu. tapi mesti sedap kan alahai nanti nak buat lah.

    ReplyDelete
  5. Sedap dan mudah! Pernah makan tapi tak pernah buat. Nak cuba buat bulan puasa ni macam tak dapat sebab setiap kali beli barang nak beli aiskrim, peti ais kosong. =__='

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel