-->

Resepi Kuey Teow Goreng Basah Paling Simple

Sembang Kejayaan | Anda suka makan kuey teow? Sebut pasal Kuey Teow ni, sebenarnya ada pelbagai jenis menu boleh dihasilkan dengan menggunakan kuey teow. Antaranya Kuey Teow Sup, Kuey Teow Goreng, Kuey Teow Hailam, Kuey Teow Kungfu dan bermacam-macam lagi.

Jadi, entri kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang paling famous iaitu Kuey Teow Goreng Basah. Anda boleh cuba resepi ini di rumah. Cara menyediakannya pun cukup mudah. Just guna bahan apa yang ada di rumah sahaja. Kalau anda ada nak tambah bahan-bahan lain pun boleh saja, tiada masalah.

Resepi Kuey Teow Goreng Basah Paling Simple

Bahan-bahan yang diperlukan:

- 1 bungkus keuy teow - siap dibasuh
- Udang/Ayam/Bebola ikan (semua boleh)
- 1 biji telur
- 4 biji bawang putih - dicincang halus
- Cili boh/cili kisar
- Sos cili
- Sos tiram
- Kicap manis
- Taugeh
- Daun kucai


Cara-cara menyediakan:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yang dicincang halus dengan cili boh/cili kisar sehingga garing.

2. Apabila tumisan sudah garing, tambahkan sedikit air.

3. Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar kicap manis. Kemudian kacau sehingga sebati. Jangan lupa masukkan sedikit gula dan garam sebagai penambah rasa.

4. Masukkan pula udang dan bebola ikan (kalau nak letak ayam atau daging pun boleh). Tunggu seketika sehingga masak.

5. Kemudian baru la masukkan kuey teow yang sudah siap dibasuh. Kacau rata dengan semua bahan tapi jangan kacau sampai kering.

6. Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun kucai ke dalam masakan. Pecahkan sekali sebiji telur kemudian gaulkan sekali dengan kuey teow.

Siap sudah kuey teow goreng basah. Senang ja kan nak buat kuey teow goreng basah ni. Dengan menggunakan bahan-bahan apa yang ada di rumah sahaja kita boleh jadikan 1 hidangan yang sedap.


Selain resepi kuey teow goreng basah. Saya ada juga berkongsi beberapa resepi lain yang boleh anda cuba Resepi Maggi Goreng Mamak, Resepi Murtabak Maggi. Selamat mencuba :)

10 Responses to "Resepi Kuey Teow Goreng Basah Paling Simple"

  1. Memang biasa buat macam Khairul senaraikan bahan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, menyelerakan
    selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Niii kalau dapat letak kerang ni lagi sedap hehehe.
    Follow sini juga.

    ReplyDelete
  4. tajuk pun dah terbayang-bayang kejadiannya. ahaa *.*

    ReplyDelete
  5. Akk and family pun peminat kew tiaw, mmg kew tiaw ni boleh dipelbagaikan resepinya. Trmkasih follow akk, akk balas follow ye

    ReplyDelete
  6. Saya suka kuey teow macam dalam gambar.
    Kalau basah sangat, lembek tak suka.
    Selamat berbuka.

    ReplyDelete
  7. tak minat sgt kuew teow but kuey teow basah is an exception hehe

    ReplyDelete
  8. Nanti nak cuba. Selalu buat mee goreng atau bihun.

    ReplyDelete
  9. Sedap nian kwee teauw goreng ini ...
    Terimakasih resepnya, ya

    ReplyDelete
  10. Aduhaiiii lamanya tak makn kuew tiaw. Buh kerang banyak banyak best tu

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel