-->

Resepi Maggi Goreng Mamak 'Style' Mudah, Cepat & Lazat

Resepi Maggi Goreng Mamak 'Style' Mudah, Cepat & Lazat

Sembang Kejayaan | Assalamualaikum, hari ini penulis nak share pula satu resepi yang paling disukai ramai iaitu maggi goreng mamak. Anda suka makan maggi goreng mamak?

Baca Juga : Resepi Murtabak Maggi Mudah, Cepat & Sedap

Lepas ini, anda boleh masak sendiri dan tak perlu pergi kedai mamak. Kalau pergi dekat kedai mamak, maggi goreng mamak 4 ringgit 5 ringgit memang tak lari. Silap-silap lebih daripada tu. Lebih baik masak sendiri puas hati.

Cara-cara menyediakannya pun cukup simple, guna saja bahan-bahan yang sedia ada di rumah. Bila rasa lapar, boleh masak maggi goreng mamak ni. Yang paling penting ia mudah, cepat & sedap. Jom tengok cara-caranya:

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

  • Maggi - yang sudah siap direndam dengan air panas
  • 1 biji telur
  • Seulas bawang putih - dipotong halus
  • Setengah biji bawang besar - dipotong halus
  • Tauhu - telah digoreng dan dipotong lapan 
  • Sawi
  • (Kalau nak letak isi ayam, daging, udang, sosej dan sebagainya pun boleh)


Cara menyediakan:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas, masukkan bahan-bahan yang sudah siap di potong halus-halus tadi seperti bawang besar dan bawang putih. Kemudian tumis hingga wangi.

2. Setelah wangi, masukkan maggi. Kemudian masukkan sedikit sos cili, sos tomato dan masukkan juga sedikit sos tiram sebagai penambah perasa. Kemudian gaul sehingga sebati.

3. Kemudian masukkan suku ataupun separuh perencah maggi kari. Separuh lagi boleh simpan untuk resepi yang seterusnya. Dah siap masukkan perencah maggi, kemudian kacau lagi.

4. Kemudian masukkan sawi yang siap dipotong. Lepas itu, masukkan juga tauhu yang siap digoreng dan dipotong tadi. Kemudian kacau lagi.

5. Jangan lupa masukkan sedikit gula dan garam sebagai penambah perasa. Kemudian kacau sekata.

6. Akhir sekali, pecahkan sebiji telur kemudian gaulkan sekali dengan maggi. Barulah maggi goreng mamak.

Akhirnya, siap sudah maggi goreng mamak. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Taburkan hirisan cili merah dan bawang goreng sebelum menjamu selera. Kalau nak sedap lagi, boleh makan bersama telur goreng.


2 Responses to "Resepi Maggi Goreng Mamak 'Style' Mudah, Cepat & Lazat"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel