4 Cara Motivasi Diri Sendiri Ketika Bersedih Hati
Monday, May 4, 2020
7 Comments
Sembang Kejayaan - Dalam hidup tidak semuanya indah. Langit pun tidak selalunya cerah. Begitulah juga dengan kehidupan ini ada pasang surutnya.
Adakalanya kita terpaksa berhadapan dengan masalah hidup yang membuatkan hati kita sedih. Dalam keadaan ini, tugas kita adalah berusaha untuk melawan kesedihan bila ia datang menyapa.
Apabila dilanda kesedihan yang sangat mendalam, kita boleh memberi semangat kepada diri sendiri supaya kembali ceria. Jadi, daripada anda terus bersedih, lakukan 5 tips berikut sebagai usaha untuk memotivasikan diri anda ketika anda sedang bersedih.
1. Latih Diri Melupakan Kenangan Pahit di Masa Lalu
Antara punca kita sering merasa sedih adalah disebabkan kita terlalu mengingat kenangan pahit yang pernah membuatkan kita sedih suatu ketika dahulu.
Bila kita selalu mengingat kenangan-kenangan pahit seperti perkara yang pernah melukakan hati kita, ditinggalkan orang yang kita sayang atau sebagainya. Secara tidak langsung perasaan sedih di masa lalu itu akan terbawa-bawa ke hari berikutnya. Bukan tak boleh untuk kita bersedih langsung, sebab itu lumrah manusia. Tapi, tetapkan lah limit untuk kita bersedih dan jangan sampai sedih yang berpanjangan.
Perkara yang lepas tu ada hikmahnya dan kita gunakan pengalaman di masa lalu yang kita ada untuk buat masa depan kita lebih baik.
Jadi mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu. Past is the past. Yang berlalu biarkan ia berlalu. Learn from it, mulakan kehidupan yang baru, azam baru dan fokus pada masa depan kita.
2. Banyakkan Bersyukur
Tatkala hati sedang bersedih, ingatlah ada banyak nikmat yang kita miliki sekarang. Tatkala hati sedang bersedih, ingatlah ada lagi orang yang lebih sedih daripada kita. Jadi, jangan sesekali lupa untuk bersyukur.
Apabila kita bersyukur atas semua yang kita miliki sekarang ini, kesedihan yang dialami perlahan-lahan akan pudar. Malah digantikan dengan semangat yang baru untuk bangkit dari rasa sedih dan kembali bahagia. Dengan bersyukur juga, hati kita akan lebih tenang.
Baca Juga : Jangan Mengeluh! Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Miliki
3. Ubah Fikiran
Tahukah anda bahawa pemikiran negatif dapat membuat anda sering merasa sedih, cemas, dan tertekan.
Bila dah biasa fikir negatif. Seluruh aura negatif akan ada dekat kita. Sebab tu kita mudah rasa down, kecewa dan sedih. Selalu fikir yang buruk, maka buruk lah jadinya.
Jadi, mulai hari ini sentiasalah berfikiran positif. Fikir yang baik-baik saja. Berhenti dari memikirkan benda-benda yang tidak menggembirakan kita. Jangan biarkan ia terus menjadi amalan rutin kepada hidup kita hari-hari. Buang jauh-jauh, pasti boleh punya!
Baca Juga : Cara Nak Kekal Positif Setiap Hari Agar Lebih Bahagia
4. Mendengar Lagu Atau Video Motivasi
Mendengar lagu juga boleh menghidupkan kembali semangat jiwa kita dan membuatkan kita melupakan kesedihan yang dialami. Selain itu, video motivasi juga dapat membantu anda mengatasi kesedihan dengan cepat.
Tanpa perlu bersedih lagi, kita dapat segera bangun kerana semangat di dalamnya sudah terisi kembali.
Semoga bermanfaat untuk semua :)

Nak lupakan kenangan pahit memang susah. Ia akan muncul tiba-tiba.
ReplyDeleteNo 1 tu pling slalu ummi buat.iaitu lupakan..huhuhu
ReplyDeletemove on T_T
ReplyDeleteMove on gitu.... yelah kan nama manusia, kehidupan tentu ada pasang surutnya. Kalau bukan diri kita yg handle siapa lagi?
ReplyDeleteTerima kasih, betul, ada masa kita teringat kisah yang menyedihkan hati..ingat Allah banyak2 ya
ReplyDeletesaya kalau sedih tidur je...memerap dalam bilik. T_T
ReplyDeleteBiasanya akan lebih fikir bab bersyukur tu. Lebih bersyukur lebih buat kita lebih sedar. Nak melupakan tu memang payah dan ambil masa. tapi bila fikir semula dan lebih bersyukur, Allah permudahkan.inshaAllah...
ReplyDelete