-->

10 Tips Menjaga Hubungan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila

Sembang Kejayaan - 'Sahabat' ialah seseorang yang mahu bersama kita ketika kita susah atau senang, suka atau duka, bahagia atau sedih, ketawa atau menangis. Pendek kata dia selalu ada bersama-sama dengan kita.

Orang kata nak cari kawan itu senang, tapi nak mencari sahabat tu yang susah kerana belum tentu semua orang boleh memahami diri kita. Jadi, jika anda mempunyai sahabat, jagalah hubungan persahabatan anda sebaik-baiknya kerana sahabat itu susah untuk dicari ganti.

Jadi, ini antara tips yang boleh kita lakukan untuk menjaga hubungan persahabatan kita kekal sampai bila-bila:

10 Tips Mengekalkan Hubungan Persahabatan Sampai Bila-Bila


1. Sentiasa Berhubung

Komunikasi merupakan suatu perkara yang penting dalam sebuah perhubungan. Jika berjauhan, selalulah berhubung untuk bertanya khabar. Dan jika sahabat kita ingin berkongsi sesuatu atau mahu mencerita masalahnya kepada kita, sebagai seorang sahabat kita perlu sentiasa ada dengannya dan sedia mendengar luahan tersebut. Secara tidak langsung, dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan kita.


2. Sedia Membantu Antara Satu Sama Lain

Sahabat yang baik sangat mengenali antara satu sama lain dan sesekali tidak akan pernah tinggalkan kawannya ketika dalam kesusahan. Jadi, jika sahabat kita berada dalam kesusahan, jadilah orang pertama yang menghulurkan bantuan. Cubalah bantu semampu yang kita boleh. Selain itu, andai kata sahabat kita berada dalam kesedihan, bantulah dia dengan cara menghiburkan hatinya. Apa salahnya kan dengan kegembiraan yang kita ada ini kita kongsikan bersama-sama.

Baca Juga: Motivasi Diri Gembira Ibarat Semburan Pewangi


3. Tidak Memburuk-Burukkan

Dalam persahabatan, jangan sesekali kita memburuk-burukkan sahabat kita sendiri contohnya, tidak menjadi penyampai cerita kerana sikap sebegitu akan meretakkan hubungan persahabatan kita. Apa sahaja masalah atau rahsia yang dikongsikan, jagalah ia baik-baik. Jangan sesekali kita menghancurkan kepercayaan yang diberi dengan menyebarkan keburukan sahabat kita kepada orang lain tanpa memikirkan hubungan yang sudah lama terjalin.


4. Sentiasa Berfikiran Positif

Dalam menjaga persahabatan, sikap positif adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kita seperti pergaduhan. Jadi, sentiasalah berfikiran positif! Andai kata ada perkara yang tidak menyenangkan kita, bincanglah dengan sahabat kita baik-baik. Kita tegur tanda kita sayang akan persahabatan kita.


5. Sentiasa Menyokong 

Sebagai seorang sahabat, kita perlu sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dilakukannya selagi ia tidak melanggari batas-batas agama. Apabila sahabat kita mencapai kejayaan, ucapkanlah tahniah kepadanya dengan penuh ikhlas tanpa ada rasa iri hati atas kejayaannya. Secara tidak langsung, akan membuatkan dia berasa gembira kerana kejayaan yang dicapainya dapat dikongsikan bersama-sama sababatnya.


6. Luangkan Masa Bersama

Walau sibuk macam mana sekalipun kita, jangan sesekali kita lupa dan abaikan dia. Jangan sesekali kita mengelak daripadanya. Jika ada waktu terluang, luangkanlah masa bersama-sama. Cukuplah duduk berbual dan bertanya tentang diri masing-masing. Bila masing-masing sudah saling mengenali antara satu sama lain, maka hubungan itu akan menjadi lebih akrab.


7. Sabar

Setiap orang ada bermacam-macam perangai dan kerenah. Jadi dalam menjaga persahabatan, kita perlu banyakkan bersabar. Sudah menjadi lumrah dalam persahabatan, adakalanya timbul perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan. Ketika berlakunya salah faham, ambil lah masa untuk bertenang dan selesaikan masalah dengan baik tanpa ada sebarang pergaduhan. Ingat, jangan disebabkan satu masalah yang timbul, hubungan persahabatan yang sudah kita bina bertahun-tahun itu musnah dalam sekelip mata saja, ingat tu!


8. Tidak Melupakan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Jadi janganlah kita lupakan sahabat lama kita apabila kita sudah menjumpai sahabat yang baru. Teruskan mengekalkan hubungan persahabatan yang lama walaupun sudah menemui persahabatan yang baru. Sela
lulah berhubung untuk bertanya khabar jika berjauhan. Jangan terus melupakan kerana ukhwah yang dibina perlu dijalinkan agar berkekalan selamanya.


9. Segera Minta Maaf Jika Melakukan Kesalahan

Jangan sesekali teragak-agak untuk memohon maaf andai kata kita melakukan kesalahan kepada sahabat kita. Segeralah untuk minta maaf kepadanya, agar masalah kita tidak berlarutan atau dalam erti kata lain cepat selesai. Selain itu, jika sahabat kita meminta maaf kepada kita atas kesalahannya maka segeralah untuk memaafkannya! Buang ego tu jauh-jauh demi menjaga persahabatan kita.

Baca Juga: Jangan Ego! Ini Alasan Kenapa Pentingnya Minta Maaf Bila Buat Salah

10. Jangan Lupa Hari Jadinya

Tidak lupa akan hari jadi sahabat kita kerana hari lahirnya adalah bentuk perhatian utama. Kerana moment ulang tahun adalah saat yang paling bermakna baginya. Cukuplah kita ucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada sahabat kita. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan dia juga akan turut gembira kerana kita masih mengingati hari lahirnya.


Semoga bermanfaat untuk semua. Mudah-mudahan tips ini dapat membantu anda mengekalkan hubungan persahabatan anda sampai bila-bila, InsyaAllah.

6 Responses to "10 Tips Menjaga Hubungan Persahabatan Kekal Sampai Bila-Bila"

  1. Selalu berharap ada kawan baik.
    Nanti nak praktis kalau jumpa yang sesuai.

    ReplyDelete
  2. 11. Sentiasa mendoakan kebaikan untuknya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. Terimakasih untuk tips cara menjalin persahabatan dengan baik, Khairul.

    ReplyDelete
  4. sahabat sejati sukar ditemui kini

    ReplyDelete
  5. dah dewasa macam ni, sahabat yang baik tu sangat berharga..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah masih berhubung lagi dan masih ingat birthday :)

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel