Masalah Hidup Membuatkan Kita Semakin Kuat
Sunday, February 9, 2020
1 Comment
Sembang Kejayaan - Dalam hidup ini setiap dari kita tidak akan terlepas dari masalah. Sama ada orang yang baik ataupun jahat, mesti ada hari kita rasa gembira sangat sampai ke telinga kita senyum, ada hari kita menangis sebab masalah atau dugaan hidup.
Bila masalah hadir, kita mengeluh dan kita rasa terbeban dengan masalah yang dipukul. Masalah lama pun belum lagi selesai datang pula masalah baru. Kekadang sampai menitis air mata memikirkan masalah hidup.
Sebaiknya, berusahalah untuk tidak mengeluh supaya dapat menjadi orang yang selalu bersyukur atas apa yang sedang terjadi.
Masalah yang dihadapi datang daripada Allah. Allah adalah sebaik-baik perancang. Maka yakinlah bahawa apa-apa pun yang terjadi dalam hidup ini, selalu ada hikmah disebaliknya
Jika selama ini anda selalu mengeluh, mulai hari ini ubahlah tabiat ini. Ingatlah bahawa masalah itu tidak akan diselesaikan hanya dengan mengeluh, malah masalahnya akan terasa lebih berat.
Dalam hidup ini memang tidak mudah. Tidak ada kehidupan lancar tanpa masalah. Akan sentiasa ada rintangan dan halangan setiap kali kita melangkah yang kadangkala membuatkan kita terluka, sedih dan kecewa.
[Baca Juga] ️6 Tips Untuk Hadapi Masalah Atau Dugaan
Sebenarnya, masalah hidup yang kita hadapi ini akan menjadikan kita lebih bijak sekiranya kita menghadapinya dengan keberanian dan tidak melarikan diri daripadanya.
Masalah hidup yang kita alami dapat memberikan kekuatan kepada kita menjalani kehidupan yang penuh dengan rintangan dan halangan.
Masalah hidup merupakan ujian, hadapilah masalah dengan tenang tanpa mengeluh. Kerana dengan mengeluh akan membuatkan masalah menjadi lebih besar.
Jangan pernah resah dengan masalah hidup. Kuatkan semangat, percayalah pada diri sendiri bahawa anda mampu atasinya. Allah menguji hambanya mengikut kemampuan mereka. Meskipun tak mampu, tapi mampu belajar sesuatu daripada apa yang dihadapinya.
Bersabarlah. Sabar bukan wujud secara semula jadi. Ia dilatih dengan kesakitan, kehilangan, dan penderitaan. Orang yang sabar paling banyak terluka dan sakit. Allah mendatangkan ujian untuk menguatkan kita.
Percayalah, setiap kesusahan yang kita hadapi sekarang ini, kesudahannya akan berakhir dengan kegembiraan.

Zumal pula bila banyak masalah terus jadi down 😔😔😔
ReplyDelete