Berhenti Bandingkan Diri Kita Dengan Orang Lain
Thursday, February 6, 2020
1 Comment
Salah satu punca mengapa hati kita tidak tenang adalah disebabkan kita selalu bandingkan diri kita dengan orang lain.
- Sebab itu kita susah untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup
Sikap suka berbanding-banding ini jika tidak dirawat, akhirnya nanti akan berakhir dengan perasaan sedih, kecewa, dengki dan merasakan tidak adil dengan kehidupan orang lain walaupun sebenarnya diri sendiri telah mempunyai kehidupan yang baik.
Pernahkah anda mempersoal kenapa kehidupan orang lain kelihatan lebih bahagia daripada kehidupan anda?
Anda sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya tetapi mendapat markah lebih tinggi daripada anda yang berusaha lebih daripada dia?
Mengapa mereka dapat apa yang mereka nak, tetapi kenapa anda tak dapat apa yang anda nak, walaupun sudah berusaha keras untuk mendapatkannya?
Tidakkah anda berasa sakit hati dan seolah-olah merasakan macam tidak adil?
Kita selalu membandingkan diri kita dengan kehidupan orang lain. Padahal kita sendiri tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang hidup mereka.
Yang kita selalu nampak hanya bahagia. Yang kita tidak nampak kesusahan perjalanan hidup mereka yang mereka alami hari-hari.
Terutamanya di zaman media sosial sekarang ini. Setiap daripada kita mudah melihat kehidupan orang lain di media sosial. apa yang mereka ada, apa yang mereka capai, bagaimana kehidupan yang mereka jalani. Akhirnya hadir perasaan iri hati, dengki melihat kehidupan orang lain lebih selesa daripada kita.
Sebaik-baiknya kita perlu bersyukur dengan kehidupan kita. Bersyukur dengan apa yang kita ada tanpa berbanding-bandingkan. Jangan dengki pada orang lain kerana setiap orang rezeki dan ujiannya berbeza.
Jadi bagi anda yang ingin mencapai kebahagiaan dalam hidup. Berhentilah dari membanding-bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Kita ada hidup kita sendiri, mereka hidup mereka sendiri. Perjalanan hidup kita semua berbeza-beza walau saudara kembar sekalipun.
Tidak perlu fokus kepada kehidupan orang lain tetapi fokuslah pada kehidupan kita sendiri. Bandinglah hidup kita dengan diri kita sendiri. Bagaimana kita semalam dengan hari ini, bagaimana kita hari ini dengan esok, adakah kita lebih baik? Itulah yang sebaik-baiknya.
Kehidupan ini bukan satu pertandingan ataupun perlumbaan, siapa nak jadi kaya dulu, siapa cepat habis belajar dulu, siapa dapat pekerjaan tetap dulu. Semuanya bukan! Hidup ini adalah sebuah perjalanan.
Apa-apa pun yang kita buat dalam hidup ini, just enjoy yourself, enjoy your journey, enjoy your life. Tak perlu nak bandingkan kita dengan orang lain. Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Okay?
Jangan tunggu bahagia baru bersyukur tetapi bersyukurlah, anda pasti bahagia. Mula dari hari ini kita mula bersyukur dengan apa yang kita ada. Dengan syukur hati kita akan menjadi tenang dan kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya.

Sokong 100%. stress juga bila kita ni dibandingkan dengan orang lain
ReplyDelete