-->

Perjalanan Hidup Penuh Dengan Warna-Warni

Assalamualaikum semua. Terima kasih yang masih setia membaca blog ini. Terima kasih sangat-sangat penulis ucapkan.

Seperti yang anda tahu, tajuk entri kali ini tentang warna-warni kehidupan. Penulis nak kongsi sikit berdasarkan pendapat penulis sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan berwarna-warni disamping dapat memberikan sedikit motivasi. Dalam hidup ini ada warna-warni ke?

Perjalanan Hidup Penuh Dengan Warna-Warni

Kalau nak tahu, hidup ini penuh dengan berwarna-warni, dari warna yang paling gelap hinggalah warna yang paling ceria. Walaupun semua warna mempunyai warna-warna yang berbeza, tetapi setiap warna mempunyai maknanya yang tersendiri.

Apa warna kegemaran anda?

Warna kegemaran penulis adalah warna merah. Penulis suka warna merah. Kebiasaannya warna merah ini membawa maksud kekuatan, keberanian dan semangat.

Warna kuning pula yang sentiasa boleh membuat orang senang melihatnya dan warna biru dapat memberikan rasa aman, keselesaan dan ketenangan di dalam hati. Anda suka pergi pantai? Apa yang anda rasa? Mesti tenangkan lihat warna lautnya, lihat pokok-pokok hijau kehijauan dan sekelilingnya penuh dengan warna.

Warna-Warni Kehidupan


Jadi, bila bercakap tentang warna, bercakap juga soal kehidupan. Ramai orang mengatakan bahawa mereka mahu mempunyai kehidupan yang berwarna-warni.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan berwarna-warni itu?

Ramai orang menganggap bahawa kehidupan akan menjadi berwarna-warni apabila mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Kehidupan menjadi berwarna-warni apabila mereka boleh mendapatkan apa yang mereka harapkan.

Sebenarnya bagi pendapat penulis sendiri, berwarna ataupun tidak hidup anda ianya ditentukan oleh perspektif anda. Setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza. Setiap orang mempunyai cara hidup yang berbeza.

Sebagai contoh, ada orang hidupnya penuh dengan masalah dan cabaran tetapi selalu bersemangat menjalaninya dengan penuh senyuman. Ada juga orang-orang yang hidup dalam keselesaan tetapi masih merasa gelisah dan kurang bersyukur.

Perjalanan Hidup Penuh Dengan Warna-Warni

Hidup ini ibarat sebuah lukisan dan anda lah pelukisnya. Seorang pelukis pasti akan memilih warna-warna terbaik untuk lukisannya dan tidak perlu menggunakan semua warna untuk menghasilkan lukisan yang cantik dan indah. Tetapi cukuplah hanya gunakan warna penting yang terbaik untuk mengisi lukisan anda.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Pilih perkara yang terbaik untuk mengisi kehidupan anda. Bermimpilah setinggi mungkin, berdoa dan berusahalah untuk menggapainya.

Kehidupan juga tidak selalu hitam dan putih. Kalau hitam dan putih saja mesti bosan kan. Tetapi ada juga warna merah, biru, kuning, hijau dan warna-warna lain yang membuat hidup lebih bermakna dan ceria.

Hidup ini ibarat sebuah lukisan. Dan setiap warna di dalamnya yang membuatnya unik dan berbeza. Bukan hanya dari kegembiraan semata-mata,

Malah dari masalah hidup juga ada kisah dan ada maknanya. Masalah ataupun dugaan yang dihadapi, kita dapat belajar sesuatu darinya. Kita tahu apa itu sedih, apa itu bahagia, apa itu perpisahan. Kita tahu bagaimana rasanya jatuh dan bagaimana untuk bangkit kembali. Kita tahu bila masanya untuk kita berjuang dan bila masanya untuk kita berhenti.

Itulah warna-warna kehidupan yang selalu menceriakan hidup kita. Dalam hidup ini penuh dengan ujian. Dan ujian-ujian itulah yang menjadikan kita manusia yang lebih matang dan tabah dalam kehidupan.

Terima kasih

1 Response to "Perjalanan Hidup Penuh Dengan Warna-Warni"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel