-->

Kata 'Ucapan Selamat Pagi' Untuk Kejayaan & Penuh Semangat

Selamat pagi..!

Tahukah anda? Bahawa anda adalah orang yang sangat bertuah, kerana dalam berjuta-juta orang di dunia ini, anda adalah salah seorang daripada mereka, yang masih diberi peluang oleh Tuhan untuk hidup dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Jadi, bersyukurlah

Kata 'Ucapan Selamat Pagi' Untuk Kejayaan & Penuh Semangat


Hari ini akan menjadi hari yang baik daripada semalam, hari yang penuh berkat, hari yang penuh kebahagiaan, gelak-ketawa bersama orang-orang yang disayangi. Dan hari ini semuanya akan baik-baik sahaja.

Baca Juga : Kata-Kata Motivasi Dalam Kehidupan Seharian

Adakah anda sudah bersedia untuk menjalani hari ini dengan penuh semangat.

Ya, semangat

Semangat untuk memulakan hari yang indah ini. Oleh itu, hargailah hari ini dan ucapkan dengan ikhlas dari hati dan penuh semangat:

Hari ini adalah hari yang baru. Hari ini saya akan memberikan yang terbaik kerana saya tahu, kegagalan, keperitan, kesedihan, kekecewaan yang saya alami selama ini tidak akan berulang lagi. Saya patut lupakan semua itu kerana hari ini adalah hari yang baru buat saya.

Hari ini saya akan membuat pilihan yang baik kerana saya tahu setiap keputusan akan menentukan masa depan.

Apa yang saya cita-citakan, saya akan pastikan ianya tercapai. Dan hari ini saya bangun untuk mewujudkan mimpi itu. Saya akan buktikan kepada mereka di luar sana, saya juga boleh berjaya seperti mereka.

Baca Juga : Motivasi Usaha Tangga Kejayaan

Hari ini saya akan lebih bijak dalam setiap tindakan saya, berhati-hati dalam bertutur kata kerana saya tahu setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah sebuah doa yang boleh menjadi kenyataan.

Hari ini saya akan terus berbuat baik, membantu sesiapa saja kerana saya tahu setiap tindakan saya itu akan kembali kepada saya.

Hari ini perkara-perkara yang indah akan hadir dalam hidup saya. Pintu peluang akan terbuka seluas-luasnya untuk saya. Apa yang dirancang pada hari ini akan berjalan dengan lancar.

Selamat Pagi!

Sebuah harapan dan jalan sentiasa ada bagi mereka yang selalu berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuah kata menyerah.

Baca Juga : Selalu Ada Harapan Bagi Mereka Yang Berdoa Bagi Menuju Kejayaan 

Tetaplah tersenyum, kerana tidak ada keindahan seindah senyumanmu. Sentiasalah senyum walau di hatimu tersimpan seribu luka. Pasti hidupmu akan bahagia.

Terima kasih,

3 Responses to "Kata 'Ucapan Selamat Pagi' Untuk Kejayaan & Penuh Semangat"

  1. terima kasih, kata-kata indah dan penuh semangat!bersyukur bila kita masih sentiasa tenang, redha dan tersenyum walaupun dlm kepayahan.Selamat pagi penulis blog!

    ReplyDelete
  2. Sama-sama & selamat pagi! Cik Matahariku

    ReplyDelete
  3. Adap tu ucapan memeriahkan hati

    ReplyDelete

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel