-->

Motivasi kehidupan usaha tangga kejayaan terkini

usaha tangga kejayaan

Sembang Kejayaan - Kebanyakan manusia sering kali takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana khawatir akan gagal. Adakah kamu tergolong dalam golongan ini? Jika ya, buanglah jauh-jauh pemikiran yang sebegini.

Ingatlah kata-kata ini,

Jangan takut melakukan hal baru,
Jangan takut untuk gagal, jika anda
tidak pernah melakukan kesalahan,
berarti tidak belajar apa-apa.

Jangan sesekali takut untuk belajar sesuatu yang baru. Sebabnya, apabila kita takut, kita tidak akan berjaya. Orang yang berjaya sentiasa berani melakukan sesuatu dan sering mencuba melakukan hal baru.

Orang yang berjaya akan terus mencari ilmu dan tidak pernah berputus-asa dalam mencarinya. Jika ada peluang depan mata, rebutlah peluang tersebut tanpa berfikir tentang berjaya atau tidak. Yang penting kita berusaha terlebih dahulu. Sebabnya, kalau kita tidak cuba, kita tak tahu kemungkinan rezeki kita ada disitu.

Dan jangan sesekali takut pada kegagalan. Yang penting perlu ada usaha. Jika sudah berusaha bersungguh-sungguh pasti akan berjaya. Ingat kata-kata "Usaha Tangga Kejayaan".

Kegagalan itu pasti akan dialami oleh semua orang. Disebalik kejayaan mesti ada kegagalan. Dan jangan jadikan kegagalan kita itu untuk terus berputus-asa. Sebaliknya, kita perlu belajar dari kegagalan itu. Cari punca dimana salah kita. Selepas ketahui puncanya, perbaiki kesilapan tersebut dan terus belajar dan terus berusaha.

Kalau kita tak belajar dari kegagalan, kita takkan tahu dimana sebenarnya kesilapan yang kita buat.

Perlu ingat, manusia tidak diciptakan untuk terus berjaya. Sebaliknya, manusia harus berusaha untuk mencapai kejayaan tersebut.

Apabila kita gagal melakukan sesuatu dan membuatkan kita rasa kecewa, Berhentilah ! Buanglah perasaan sebegitu ! Bangkit semula !

Untuk bangkit dari kegagalan itu memerlukan semangat dan azam yang kuat untuk kembali semangat. Sebab itu wujudnya kata-kata motivasi yang dibuat oleh orang pakar dalam motivasi.

Orang yang berjaya, selalu akan memotivasikan diri sendiri dalam kehidupan mereka agar terus semangat untuk bangkit dari kegagalan dan teruskan perjuangan. Boleh baca motivasi ini dan amalkan setiap pagi. Motivasi setiap hari 

Sentiasa dengan pemikiran yang positif. Apa yang kita lakukan, katakan dalam hati "Apa yang aku lakukan pasti akan berjaya". Sikap positif ini akan mendorong hati orang-orang yang baik untuk melakukan hal-hal yang besar.

Bergeraklah ke hadapan supaya lebih maju, jangan takut menghadapi cabaran dan dugaan di depan. Cabaran dan dugaan itu pasti akan datang, yang penting hadapinya dengan tenang.

Jangan buang masa, bertindaklah dengan segera. 

Sekadar berkongsi..

0 Response to "Motivasi kehidupan usaha tangga kejayaan terkini"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel