Untuk Mereka Yang Sedang Berjuang Menggapai Impian
Monday, February 3, 2020
2 Comments
Impian,
Semua orang dalam dunia ini ada impian masing-masing dan boleh dikatakan semua impian-impian kita itu sudah tentunya besar dan indah buat kita.
Kita jadi bahagia, kita bersemangat untuk mewujudkan mimpi kita itu. Tetapi, ada ketika kita rasa sedih, kecewa saat orang lain tidak menyokong dengan impian kita. Mereka mengatakan tidak mungkin bagi kita untuk mencapainya.
Pada ketika itu, kita rasa tidak bersemangat lagi untuk meneruskan. Kita rasa impian kita itu hanyalah sekadar mimpi dan segala usaha kita selama ini hanya sia-sia. Pada ketika itu juga kita berfikir untuk terus berhenti dari meneruskan perjuangan kerana kata-kata mereka itu membuatkan kita tidak bersemangat lagi.
Baca Juga : Motivasi Untuk Berjaya - Kerja Keraslah Dalam Diam
Sahabat,
Sedarkah anda bahawa apapun yang anda lakukan dalam hidup ini, akan selalu ada orang-orang yang suka dan ada yang tidak suka. Kata-kata yang keluar dari mulut mereka itu akan selalu ada. Tapi semua itu tidak akan menghancurkan impian anda.
Oleh itu, janganlah bersedih saat orang lain mengatakan anda tidak boleh menggapai impianmu itu. Abaikan kata-kata mereka malah jadikan ia sebagai satu semangat untuk anda lebih gigih dalam berusaha menggapai impian anda.
Anda ada impian anda. Ada sesuatu yang indah yang ingin anda capai dalam hidup ini, betul atau tidak?
Jadi jagalah impian anda sebaik-baiknya. Jangan biarkan orang lain mempengaruhi anda dan jangan biarkan seseorang memberitahu anda, anda tidak boleh melakukan sesuatu. Anda tidak boleh melakukan perubahan dalam hidup.
Buktikan kepada mereka sebenarnya anda boleh. Andai pada saat ini mereka masih mengatakan anda tidak mampu. Abaikan dan teruskan berusaha. Biar suatu hari nanti kejayaan anda yang membuktikan siapa anda sebenarnya.
Cukuplah berjuang dalam diam. Tidak perlu bercerita tentang kerja keras anda kepada orang lain. Kebanyakan dari mereka mungkin tidak mengerti.
Teruslah setia dan fokus dengan apa yang anda inginkan. Dan anda perlu ingat satu benda lagi, berikan sedikit masa.
Baca Juga : Selalu Ada Harapan Bagi Mereka Yang Berdoa Bagi Menuju Kejayaan
Setiap kejayaan memerlukan masa. Tidak ada kejayaan boleh diraih hanya dengan satu malam. Tidak ada! Teruskan berusaha, banyakkan berdoa dan jangan cepat menyerah bila kejayaan tidak berkunjung tiba. Percayalah, suatu hari nanti kejayaan tetap akan menjadi milik anda.

betul.. kena selalu kentalkan hati
ReplyDeletefollow blog ni..yang pertama follow ya
ReplyDelete