-->

️[Motivasi] Selalu Ada Harapan Bagi Mereka Yang Berdoa Bagi Menuju Kejayaan

️[Motivasi] Selalu Ada Jalan Bagi Mereka Yang Berusaha Bagi Menuju Kejayaan



Sembang Kejayaan - Andai kata sehingga saat ini kamu tidak mendapatkan apa yang kamu inginkan, bersabarlah! Dan andai kata pada saat ini juga kamu gagal mendapatkan apa yang kamu idamkan. Maka bersabarlah, teruskan untuk berusaha dan berdoa.

Jangan sesekali pernah berputus asa hanya kerana mimpi-mimpimu yang tidak dapat kamu raih. Jangan pernah berputus asa jika saat ini kamu belum mendapatkan apa yang kamu inginkan.

Kalau permintaan kamu yang kamu minta tidak kunjung tiba, hendaklah kamu berasa selesa kerana yang disimpan oleh Allah itu adalah perkara yang lebih baik buat diri kita. Tersimpan segala rahsia terbesar yang Tuhan nak beri kepada kita. Dan Tuhan akan bagi bila tepat pada waktunya. Bersabarlah!


Baca Juga: 



Teruskan berdoa, jangan sesekali berhenti berdoa. Doa itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan ia juga merupakan senjata bagi orang mukmin. Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa kepadaNya dan berdoalah sebanyak mungkin. Yakinlah bahawa selalu ada harapan bagi mereka yang sentiasa berdoa bagi menuju kejayaan. Yakinlah bahawa dengan selalu berdoa, kamu masih mempunyai banyak harapan dan peluang untuk mendapatkan apa yang kamu inginkan.

Serta percayalah sentiasa ada jalan bagi mereka yang sentiasa berusaha. Segala usaha kamu selama ini tidak akan sia-sia. Walaupun usaha kamu selama ini terlihat kecil, tapi tetap akan terlihat hasilnya. Jadi berusahalah bersungguh-sungguh agar mendapatkan apa yang kamu impikan. Suatu hari nanti kamu akan sedar tidak ada usaha yang sia-sia.

Ingat ini,


"Hasil tidak akan pernah mengkhianati usaha"


Tidak ada hasil yang menkhianati usaha. Siapa yang berusaha, dia akan berhasil. Dan siapa yang berhasil kerana dia berusaha.

Jangan mudah menyerah. Teruskanlah berusaha dan berdoa. Jangan pernah berputus asa dan jangan pernah patah semangat dalam mengejar apa yang kamu impikan. Kamu harus kuat dalam menjalani kehidupan ini demi mengejar apa yang kamu impikan.


[Dah Baca] Bila rasa give up, ingat kata-kata ini


Kejarlah mimpimu itu!

Oleh kerana itu, jangan pernah menyerah dan patah semangat. Kamu harus percaya dan yakin serta teruskan berusaha yang disertai oleh doa. Bangun dari segala kekecewaan dan kesedihan yang kamu alami sekarang ini. Terus bangun dan terus melangkah ke hadapan demi mencapai apa yang kamu idamkan.

0 Response to "️[Motivasi] Selalu Ada Harapan Bagi Mereka Yang Berdoa Bagi Menuju Kejayaan "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel