-->

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Siapa dekat sini hobi dia suka makan? Kalau korang suka makan, kita geng. Sebab penulis pon suka makan hehe. Korang tahu tak dekat Malaysia nih terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan dan boleh dikatakan sebagai syurga makanan. Sebut pasal makanan, apakah makanan kegemaran anda?

Sudah tentu anda sudah terbayang makanan kegemaran anda kan? Jadi entri kali ini penulis nak kongsi dengan korang semua menu makanan sedap yang paling digemari rakyat Malaysia. Jom kita tengok apa makanannya:



Nasi Lemak

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Makanan tak asing lagi bagi tekak orang Malaysia iaitu nasi lemak yang selalunya menjadi pilihan sarapan pagi. Rasanya yang sedap yang dimakan bersama sambal, ikan bilis, kekacang, telur rebus membuatkan menu nasi lemak kelihatan lebih menarik.

Haa lagi satu, penulis nak share dengan korang semua, nasi lemak dekat sini sangat istimewa dan lain dari yang lain tau iaitu nasi lemak lamb chop gabungan antara makanan tradisional dan juga western membuatkan menu ini sangat unik dan berbeza dengan nasi lemak yang biasa kita makan. Peminat nasi lemak korang patut cuba. Korang boleh dapatkan di Pak Mat Western Cafe, Pulau Pinang.

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia


Nasi Kandar

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Nasi kandar merupakan salah satu makanan yang popular di kalangan masyarakat. Walaupun nasi kandar ini boleh didapati di mana-mana restoran nasi kandar tetapi tetap tak boleh lawan dengan nasi kandar di Penang. Nasi kandar Penang juga yang paling sedap dan legend. Bagi penggemar nasi kandar, kadangkala hidangan nasi dengan seketul ayam goreng sudah memadai berserta campuran kuah yang bertepatan yang membuatkan menu ini lebih lazat. Pergh, terus jadi lapar nak makan nasi kandar.


Asam Pedas 

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Asam pedas antara menu makanan harian yang paling disukai ramai. Sebut pasal asam pedas mesti korang dah terbayang asam pedas di Melaka kan? Ya, kerana negeri Melaka ini memang cukup popular dengan menu asam pedasnya yang pekat dan cukup istimewa dan paling penting sekali ianya sedap. Kalau korang datang Melaka memang rugi kalau korang tak makan asam pedas Melaka. Sebab asam pedasnya tak sama dengan asam pedas yang terdapat di negeri-negeri lain tau. Korang kena cuba sendiri dan makan bersama dengan nasi panas-panas, fuhh.. menaikkan lagi selera!

Baca Juga : Senarai Tempat Menarik di Melaka


Apam Balik

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Apam balik, juga merupakan makanan yang menjadi rebutan ramai. Rasanya yang manis, lembut serius sedap terutama bila makan panas-panas. Penulis memang suka apam balik. Kalau pergi pasar malam mesti beli makanan ini. Sekarang apam balik dah ada pelbagai perisa. Antaranya coklat, nutella, strawberi, cheese, pisang dan banyak lagi yang cukup menyelerakan. Walaupun ada banyak perisa, yang perisa original juga tetap nombor 1. 


Sate

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Sate ayam, sate daging, sate kambing dan yang paling rare sekali sate rusa. Mana satu favourite korang? Kalau penulis satay ayam lah paling favourite. Sate merupakan makanan sedap yang paling disukai ramai terutamanya kanak-kanak. Selain itu, ia juga merupakan makanan popular tatkala menjelang hari raya. Selain sate, jom baca lagi apa makanan yang popular di hari raya yang wajib korang sediakan pada hari raya nanti. 


Ayam Percik

Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia

Ayam percik makanan paling popular di Malaysia, lagi-lagi ketika di bulan ramadan yang cukup popular. Kadang-kadang sampai nak kena baratur panjang. Siapa tak suka makan ayam percik kan? Makan pulak dengan nasi putih, perghh..lagi sedap rasanya. 

Sebenarnya ada banyak lagi pilihan makanan yang terdapat di negara kita ini. Semuanya sedap-sedap sebab penulis memang suka makan hehe. Jadi adakah anda pun suka makan makanan yang penulis kongsi di atas? Kalau ada, sila komen di bawah ya

0 Response to "Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel