40 Kata-Kata Motivasi Pagi Penyemangat Hidup Luar Biasa - Motivasi & Inspirasi
Berikut merupakan kata-kata motivasi yang penulis kongsikan kepada pembaca kesayangan penulis di blog Sembang Kejayaan ini. Moga dengan kata-kata motivasi pagi ini dapat memberi anda semangat dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran dan rintangan dan dengan kata-kata motivasi ini juga dapat memberi inspirasi serta mampu membuatkan hidup anda lebih baik dari hari ke hari, InsyaAllah.
Kumpulan Kata-Kata Motivasi Diri Penyemangat Hidup
1. Kebahagiaan itu simple. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki saat ini dan jangan sesekali dengki terhadap kejayaan orang lain.
2. Biarkanlah senyumanmu yang mengubah dunia. Tetapi, jangan pernah biarkan dunia yang mengubah senyumanmu.
3. Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.
Baca Juga : Gagal bukanlah pengakhiran
4. Jangan sesekali pernah takut untuk mencuba, kerana tanpa mencuba kita tidak akan pernah merasakan keberhasilan
5. Jika kau berhasrat untuk menjadi orang yang berjaya, mulai lah dari sekarang dan cubalah untuk melakukan sesuatu hal yang bermanfaat.
6. Jangan sesekali berfikir untuk berhenti dari apa yang telah kamu usahakan selama ini, kerana langkahmu sudah terlalu jauh untuk menyerah.
7. Teruslah percaya dan berusahalah sehabis mungkin untuk meraih cita-cita.
8. Jika kau ingin masa depanmu menjadi lebih baik, maka bersusah payahlah mulai dari sekarang.
9. Tahap kejayaan seseorang sangat dipengaruhi oleh betapa kerasnya perjuangan yang sudah mereka lakukan.
10. Abaikan saja orang lain yang meremehkan usahamu. Tetapi, jangan pernah sesekali kita meremehkan diri kita sendiri.
11. Jika kau mahu berusaha, maka kejayaan akan menjadi milikmu.
12. Bermimpilah setinggi langit, lalu berkerja keraslah untuk mewujudkan mimpi-mimpi itu.
13. Jauhkanlah diri kita dari sifat malas kerana Allah tidak menyukai hamba-hambanya yang pemalas.
14. Jadilah orang yang baik kerana apa-apa pun yang kamu lalukan akan kembali kepada diri kamu sendiri.
15. Jika kehidupan membuatkan diri menangis. Ingat, ada ribuan kenangan indah yang membuatkan kita tersenyum.
16. Orang yang pandai tidak semestinya berjaya. Tetapi, orang yang rajin dan sabar, pasti berjaya.
17. Kekecewaan sebenarnya mengajar kita erti kehidupan. Jadi teruskanlah perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup.
18. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, ada akhirnya dan ada kebahagiaan menunggu di hujung jalan. Mengapa? Kerana Tuhan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.
19. Jadilah lilin yang menyalakan lilin yang lain, sebab kebahagiaan tak akan habis dibagi sesama makhluk hidup.
Baca Juga : Gembira ibarat semburan pewangi
20. Cita-cita itu tidak akan mampu menjadi satu kenyataan andai tidak diiringi dengan usaha yang berterusan.
21. Apa-apapun yang kita lakukan pastikan dengan niat yang baik. Sebab, setiap sesuatu yang kita lakukan dengan niat yang baik, pasti akan membuahkan hasil yang baik.
22. Kadang-kadang kita fikir kehidupan orang lain lebih baik, padahal mungkin saja kehidupan dia lebih sukar daripada kehidupan kita, cuma dia saja tidak mengeluh.
23. Tuhan tak akan gagalkan kita tanpa sebab. Tuhan gagalkan kita untuk hubungkan kita dengan sesuatu kejayaan yang lain, sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita impikan.
24. Anggap saja ujian yang kita lalui sekarang ini adalah untuk memberi kita pengalaman hidup. Tanpa ujian, tanpa pengalaman, kita tidak akan tahu ertinya kehidupan.
25. Orang-orang berjaya pada mulanya bermula dengan sebuah harapan dan impian. Demi harapan dan impian itu, mereka mula berusaha membuktikannya sehingga mencapai kejayaan dan impian menjadi realiti.
26. Bermimpilah setinggi mungkin. Lalu berusahalah dalam diam tanpa perlu bercerita tentang kerja keras kau kepada orang lain. Abaikan segala drama yang ada disekeliling hidup kau. Biar suatu hari nanti kejayaan kau yang buktikan siapa kau suatu hari nanti.
27. Bermimpilah di malam hari, supaya keesokan harinya kamu bersemangat untuk mewujudkannya.
Baca Juga : Kata 'Ucapan Selamat Pagi' Untuk Kejayaan & Penuh Semangat
28. Tidak perlu menceritakan rencanamu kepada orang lain. Cukup tunjukkan mereka hasilnya.
29. Gagal itu biasa. Tanpa kegagalan kita tidak akan merasa kemanisan dalam kejayaan.
30. Apabila kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik tetapi hasilnya adalah kegagalan, percayalah bahawa Tuhan berbangga dengan kita kerana mampu bersabar.
32. Jangan mengeluh tentang semalam. Buatlah yang terbaik untuk
hari esok. Persiapan terbaik untuk hari esok adalah melakukan yang terbaik
untuk hari ini.
33. Jalan takdir Allah tak pernah salah. Bersangka baiklah
dengan setiap aturanNya. Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi ingat, jangan sedih lama-lama. Kerana ada sesuatu yang indah sedang menunggumu di depan sana.
34. Jangan bersedih, untuk semua kepedihan yang kamu alami saat
ini, bersabar dan bertabahlah. Kerana Allah tidak akan menempatkanmu pada
situasi yang tidak mampu kamu atasi.
35. Kita semua pernah mengalami hari yang buruk. Tapi ingat,
segelap-gelap awan di langit, pasti ada matahari disebaliknya. Pasti ada hikmah
di sebalik ujian.
36. Jadilah seperti awan. Walaupun tidak selalunya kelihatan
cerah, tapi tetap terus bergerak walaupun dia belum habis menangis.
37. Kalau sudah tiba waktunya, sesulit dan sesusah mana pun,
Allah akan bukakan jalan terbaik untukmu.
38. Allah selalu memberikan kelebihan disebalik kekurangan.
Allah selalu memberikan kekuatan disebalik kelemahan.
39. Sesedih-sedihya hidup kita, semarah-marahnya kita sama
takdir, percayalah masih banyak orang diluar sana yang tidak seberuntung kita.
Jadi bersyukurlah.
40. Bukan Allah tak tahu remuknya hati. Bukan Allah tak tahu
betapa pedihnya saat diuji. Tapi dia tahu kita mampu hadapi.
Terima kasih. Dah baca? Jangan lupa klik share😊
Bagus kata2 semangatnya. Thumbs Up!
ReplyDelete:)
ReplyDeleteBest jgk layan. tambah semangat
ReplyDeletemohon share kata SK...tapi sy buat dalam bentuk grafik....
ReplyDeleteMohon share ye
ReplyDeletemohon copy and share ya
ReplyDeleteTerima kasih admin