Motivasi-Gagal bukanlah pengakhiran
Thursday, July 11, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Berjumpa lagi kita kalini dalam post terbaru by Sembang Kejayaan. Harini Sembang Kejayaan nak memberi sedikit motivasi untuk berjaya dalam kehidupan. Yang pastinya motivasi kalini semuanya segar-segar. Motivasi harini bertajuk "gagal bukanlah pengakhiran"
Nak tahu?
teruskan membaca sampai habis. Sebelum itu, anda takut gagal?
Jangan takut gagal,
Kerana dengan kegagalan
Kamu akan tahu bagaimana
Caranya untuk bangkit.
Benda yang paling luar biasa yang sukar dilakukan ialah apabila seseorang menghadapi kegagalan. Tapi dengan kegagalan itu bagaimana dia berusaha untuk bangkit dan terus berusaha. This is awesome. Yang mana yang pernah gagal, bererti mereka sudah melangkah ke depan untuk menuju kejayaan.
Ingat jangan sesekali takut gagal. Andai kata anda takut pada kegagalan, bermakna anda takut nak berjaya.
[Dah baca?] motivasi setiap hari bagi yang mudah kecewa apabila gagal
[Dah baca?] motivasi setiap hari bagi yang mudah kecewa apabila gagal
Gagal tak semestinya gagal buat selama lamanya. Kegagalan sebenarnya mengajar kita macam mana nak berjaya sebenarnya. Tidak ada manusia yang hidup di muka bumi ini sempurna. Pasti ada kesilapan yang pernah dilakukan. Dan kesilapan tu dijadikan pengajaran buat diri agar tidak ulang lagi kesilapan yang sama.
Pernah dengar kata-kata ni,
"Kesalahan dan kegagalan dapat terjadi pada sesiapapun, kesalahan dan kegagalan bukanlah penghalang untuk sebuah kemenangan, tapi belajarlah darinya. Janganlah menghabiskan waktumu hanya untuk menyesalinya".
Kegagalan yang kita hadapi sekarang bukanlah penghalang buat kita untuk terus berjaya. Tapi ianya merupakan cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapai kejayaan.
Biar kita gagal banyak kali. Gagal sekali, terus bangun !
Gagal, bangun lagi !
Gagal, bangun lagi !
Don't worry about it, enjoy it
Jangan risau, buatlah banyak kesilapan. Kerana setiap kesilapan adalah satu pendapatan yang baik buat kita. Sebab tu kena belajar dari kesilapan.
Untuk mencapai kejayaan bukan suatu perkara yang mudah. Nak berjaya memerlukan usaha dan kesabaran yang kuat. Usaha bersungguh-sungguh pasti berjaya. Selitkan juga dengan doa. Mudahan kita berjaya. Perlu di ingat selalu usaha merupakan tangga kejayaan.
Dan jangan sesekali kita menghabiskan waktu kita dengan penyesalan. Menyesal tapi tiada usaha untuk bertindak. Semua itu akan menjadi perkara yang sia-sia saja.
Sebaliknya kita perlu bertindak untuk memperbaikinya. Belajarlah dari kesilapan yang pernah kita buat. Dari situ kita dapat mengenal pasti punca yang membuatkan kita gagal.
Selepas kita tahu dimana kesilapan kita dan cubalah untuk memperbaikinya agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Dan berjanji dengan diri kita agar tidak ulang lagi kesilapan yang sama. Dari situ hasil kerja kita akan menjadi lebih baik dan akan bertambah baik pada masa hadapan.
Rumusannya disini, gagal bukanlah pengakhiran. Ianya adalah permulaan untuk berjaya. Jadi jangan takut untuk gagal, tapi belajarlah dari kegagalan.
Sekadar perkongsian, nantikan update seterusnya.
0 Response to "Motivasi-Gagal bukanlah pengakhiran"
Post a Comment