-->

✓ 5 Cara Hilangkan Stress Dengan Mudah & Berkesan

Topik yang agak seronok untuk dibincangkan iaitu tentang stress. Semua orang pasti pernah mengalami stress. Anda yang sedang membaca ini, mesti stress kan?

Mana tak stressnya, hidup semakin hari semakin mencabar. Dengan masalah hidup yang semakin mengimpit..Fuhh, bertambah stress.

Walau bagaimanapun, tidak perlu takut. Ada beberapa cara yang penulis nak kongsikan dengan anda semua untuk mengatasi stress. Moga tips ini berkesan pada anda semua yang tengah stress tu. Jom lihat apa tips yang penulis nak kongsi ni

5 Cara Hilangkan Stress Dengan Mudah & Berkesan


1. Bersenam

Penulis selalu berjogging di waktu petang. Ia adalah salah satu aktiviti kegemaran penulis. Kalau nak tahu, bersenam adalah salah satu langkah terbaik dalam mengurangkan stress. Kalau stress pergilah berjogging, berenang ke, main futsal, main badminton atau apa saja, yang penting bersukan. Sebab bersenam ini penting, bukan saja boleh hilangkan stress malah banyak manfaat yang boleh kita dapat dari bersenam antaranya boleh meningkatkan kecergasan fizikal anda, meningkatkan tenaga untuk melakukan tugasan harian dan fikiran kita juga akan lebih positif.


2. Bercuti

Pergi bercuti di tempat-tempat yang berkonsepkan alam semula jadi, lihat benda-benda yang hijau membuatkan kita lebih segar. Bila stress jangan hanya berkurung di dalam bilik, itu akan membuatkan fikiran  kita jadi sempit, bercelaru dan bertambah stress. Tak perlu pun bercuti di tempat-tempat yang jauh dan mahal. Jika rumah anda berhampiran dengan pantai, taman, bukit. Itupun sudah memadai, tak perlu pergi jauh-jauh.

Baca Juga: Cara Gembirakan Diri Sendiri, Pengubat Hati Yang Sedih


3. Tonton Filem Komedi

Serious penulis cakap menonton movie yang kelakar memang boleh hilangkan stress yang dialami. Bila kita menonton movie yang kelakar akan membuatkan kita melupakan sekejap segala masalah, tekanan, perasaan susah hati tersebut. Sepanjang tengok movie memang ketawa je memanjang dan tak ingat langsung pasal stress tadi. Jadi, dengan cara ini dapat membantu hilangkan stress. Anda kalau stress cubalah tips yang ke-3 ini.


4. Memelihara Kucing Di Rumah

Setiap kali penulis scroll instagram, fb, mesti ada video-video kucing lucu hahaha. Penulis nak share dengan anda semua yang sebenarnya kalau bela kucing di rumah juga dapat menghilangkan stress juga tau. Kucing kan lucu, kita boleh jadikan teman dan kucing pun boleh bermanja-manja dengan kita. Tak lah kita rasa bosan sangat kan bila ada kucing di rumah.

Baca Juga: 5 Cara Bahagiakan Diri Sendiri Bila Tengah "Tak Ada Mood"


5. Solat

Semua orang tahu, solat itu boleh menenangkan kita. Kita semua tidak boleh dari masalah hidup yang kadang-kadang tu membuatkan kita stress dengan masalah yang dihadapi. Bila stress kuncinya adalah ambil air wuduk dan solat 2 rakaat. Selepas solat banyakkan berzikir, baca quran, InsyaAllah kita akan dapat ketenangan di situ. Kita sama-sama amalkan ya.

Terima kasih. Harap tips ini dapat membantu anda semua hilangkan stress. Dah baca? Jangan lupa share ya😊

1 Response to "✓ 5 Cara Hilangkan Stress Dengan Mudah & Berkesan"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel