-->

Viral! 5 Makanan Paling Popular Di Pasar Malam Setiap Tahun

Siapa suka pergi pasar malam? Macam penulis seminggu sekali mesti akan pergi pasar malam. Antara sebab kenapa pasar malam ini sering menjadi tumpuan utama orang ramai ialah kerana adanya pelbagai jenis makanan yang ada di jual di sini. Makanan yang tengah viral di media sosial pun ada tau. Korang boleh cari di sini.

Kalau macam penulis sendiri, makanan yang viral ini mesti penulis akan cuba untuk beli walaupun terpaksa beratur panjang. Tapi kalau dah panjang sangat memang taklah kan. Jadi post kali ini nak santai saja. Penulis nak share dengan anda makanan popular yang sering menjadi tumpuan orang ramai setiap kali pergi pasar malam.


1. Murtabak

Makanan Popular Pasar Malam

Murtabak memang legend lah kalau nak di katakan dan paling popular di pasar malam. Kalau pasar malam tu tak ada murtabak agak pelik lah di situ. Kebanyakan pasar malam mesti ada punya murtabak. Sekarang ini sudah ada pelbagai jenis murtabak selain murtabak ayam dan daging, antaranya murtabak maggi, murtabak cheese dan sebagainya. Selain popular di pasar malam, murtabak juga popular pada bulan ramadan. Jom dapatkan segera di murtabak di pasar malam-pasar malam berhampiran rumah anda.

Baca Juga : Menu Makanan Sedap Paling Digemari Rakyat Malaysia


2. Roti John

Viral! Makanan Sedap Di Pasar Malam Setiap Tahun

Dah tibai murtabak, kita tibai pula roti john haha. Roti john ini antara makanan yang sering viral setiap tahun, terutamanya bila tiba bulan ramadan. Sebab apa dia viral, kini roti john datang bersama cheese yang membuatkan roti john versi terbaru ini berbeza dengan roti john biasa. Memang tak hairanlah kenapa ia antara makanan yang wajib anda beli di pasar malam atau bazar walaupun terpaksa beratur panjang.


3. Satay

Makanan Popular Di Pasar Malam Setiap Tahun

Makanan yang popular di pasar malam yang seterusnya adalah satay. Ya, satay. Tidak kira lah sama ada satay ayam ataupun daging, kedua-duanya menjadi pilihan utama pengunjung pasar malam. Daging satay yang lembut dan juicy adalah rahsia keistimewaan bagi satay yang sedap.


4. Ayam Gunting

Viral! Makanan Paling Popular Di Pasar Malam Setiap Tahun

Siapa dekat sini suka makan ayam gunting? Ayam gunting juga makanan sering jadi tumpuan bagi pengunjung pasar malam. Ayam gunting yang ranggup di luar, lembut dan juicy di dalamnya. Ada pula serbuk pedas tabur tu, lagi lah ralit makan. Terliur je kan baca hehe

Baca Juga : 10 Makanan Sedap Dan Popular Bila Tiba Hari Raya


5. Taufu Fah

Viral! 5 Makanan Paling Popular Di Pasar Malam Setiap Tahun

Taufu fah juga antara makanan yang agak popular di pasar malam. Kalau macam penulis memang makanan wajib beli setiap kali datang pasar malam. Bagi anda yang tak pernah makan sebelum ini, anda patut cuba. Serius sedap! Rasanya yang manis dari gula melaka membuatkan taufu fah ini lebih enak dimakan lebih-lebih lagi dimakan ketika sejuk.

Jadi inilah antara makanan yang popular di pasar malam. Sebenarnya ada banyak lagi yang popular, tapi penulis nak kongsi 5 jenis makanan ini saja dulu. Jadi kalau anda nak kongsikan dengan penulis apa makanan favourite anda di pasar malam, boleh komen di bawah ya. Terima kasih.

0 Response to "Viral! 5 Makanan Paling Popular Di Pasar Malam Setiap Tahun "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel