KATA UCAPAN SELAMAT PAGI, Bagus Untuk Motivasi Diri Setiap Hari Terkini
Sunday, August 25, 2019
Add Comment
Sembang Kejayaan - Cepat bangun dari tidurmu, penuhilah pagimu dengan rasa syukur.
Untuk hari ini quote of the day adalah "Ucapkanlah syukur kerana pagi ini kita masih boleh bangun daripada tidur. Hidup ini merupakan anugerah yang sangat berharga yang patut kita hargainya setiap detik"
Belajarlah untuk bersyukur sebabnya, kita tidak selalu dapat apa yang kita sukai, tapi belajarlah bersyukur dengan menyukai apa yang kita dapat. Percayalah, hari akan lebih indah jika diawali dengan rasa syukur.
Hari ini adalah hari kebahagiaanmu. Jadi persiapkan dirimu untuk meraih kebahagian itu. Mulakan hari ini dengan senyumanmu yang manis itu.
Setiap hari merupakan satu kesempatan yang diberikan Tuhan untuk merubah diri menjadi lebih baik. Setiap hari kita diberi peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika semalam kurang baik, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Buatlah yang paling terbaik untuk hari ini.
Selamat pagi, dalam hidup ini, banyak perkara yang kita boleh belajar dengannya, antaranya :
Belajar bersabar walaupun diri sendiri terbeban,
Belajar memaafkan orang lain walaupun pernah disakiti,
Belajar ikhlas walaupun masih belum dapat terima,
Dan belajar untuk memahami dengan orang sekeliling.
Baca Juga :
Ucapan selamat pagi buat semua, mulakan harimu hari ini juga dengan sedikit kata kata motivasi buat diri sendiri supaya hari ini lebih semangat dari hari-hari sebelumnya.
Ini merupakan salah satu ayat motivasi english
"You never fail until you stop trying"
Maksudnya, kamu belum gagal sehingga kamu berhenti mencuba.
Harapan dan jalan selalu datang untuk mereka yang sentiasa berdoa serta berjuang tanpa mengenal sebuah kata menyerah.
Berjuanglah demi cita-cita yang diimpikan sejak kecil lagi. Pedulikan orang lain yang selalu merendah-rendahkan cita-citamu. Kamu lebih tahu dirimu mampu untuk capai cita-cita itu.
Ucapan selamat pagi buat semua yang mengenali, semoga Allah memberkati setiap langkah kita pada hari ini dan semoga hati kita juga berbahagia seperti pagi yang cerah ini.
Senyumlahlah di waktu pagi ini, mungkin dengan senyuman itu mampu membuatkan kamu senyum sepanjang hari.
Semoga bermanfaat.
0 Response to "KATA UCAPAN SELAMAT PAGI, Bagus Untuk Motivasi Diri Setiap Hari Terkini"
Post a Comment