-->

Merasa Hidup Tak Bahagia? Mungkin Ini Penyebabnya Yang Membuat Anda Tak Bahagia


Merasa Hidup Tak Bahagia? Mungkin Ini Penyebabnya Yang Membuat Anda Tak Bahagia


Hidup ini indah, asalkan kita dapat menghargainya. Semua orang pasti ingin bahagia. Semua orang mencari pelbagai cara untuk bahagia.

Tapi sebenarnya apa itu bahagia? Dan bagaimana cara untuk mendapatkannya?

Jawapannya mudah, iaitu bersyukur dengan apa yang kita ada dan mula berterima kasih atas segala anugerahnya. Bersyukurlah, sesuatu yang mudah tapi kadang-kadang kita lupa

Mungkin anda tak sedar ketika kita mengeluh dan bersikap negatif terhadap kehidupan, tidak kira di mana pun kita berada, tidak kira di mana pun kita tinggal, tidak kira apa pekerjaan kita, tidak kira berapa wang kita miliki. Kita tidak akan pernah merasa bahagia. Kerana kita selalu menginginkan lebih.

Kita akan selalu merasa tidak puas dengan apa yang kita ada. Kita akan selalu merasa ingin menjadi orang lain. Menginginkan kehidupan orang lain. Sebab kita merasakan kehidupan orang lain lebih bahagia dari kehidupan kita.

Sedarlah bahawa sikap suka membanding itu tidak akan pernah berakhir. Selalu akan ada yang lebih baik, lebih kaya, lebih terkenal, lebih beruntung dari kita.

Mengeluh akan membuatkan hidup kita jadi tertekan. Sedangkan bersyukur akan membawa kita pada kebahagiaan.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sejenak dan mengingat kembali betapa indah dan beruntungnya kita. Cuba anda buat apa yang penulis beritahu ini:

[Baca Juga]



Cuba tarik nafas yang dalam-dalam. Dan hembuskan nafas anda.

Begitu mudahnya anda menarik nafas dan menghembuskan nafas itu. Anda harus bersyukur. Sebab tak semua orang seberuntung anda. Banyak orang di luar sana yang pada saat ini menarik nafas hanya bergantung kepada oksigen untuk teruskan hidup. Jadi, bersyukurlah

Ketika kita membuka mata, kita masih boleh melihat dengan sempurna. Kita harus bersyukur kerana tidak semua boleh lihat seperti kita. Banyak orang di luar sana yang sejak lahir tidak pernah melihat keindahan dunia

Apabila kita mengeluh terhadap makanan "kenapa rasa makanan ini tak sedap, pahit, tawar, masin". Lalu kita buang ke dalam tong sampah. Ingatlah bahawa terdapat banyak orang di sekeliling kita yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan. Jadi, bersyukurlah

Dan ketika kita mengeluh kerana berasa dibebani dengan tugas yang perlu dipikul. Ingat, terdapat ramai yang menganggur di luar sana yang sangat berharap dapat mempunyai pekerjaan seperti anda.

Jadi, sesulit manapun situasi kita pada saat ini, seberat manapun masalah kita. Sedarlah, sehingga saat ini kita masih diberi peluang untuk teruskan hidup di dunia ini, Itu ertinya Tuhan masih sayang kepada kita. Bersyukur dan berterima kasihlah kerana tidak semua orang diberi peluang itu.

Ingat setiap hari kita tidak selalunya baik tetapi, pasti akan ada juga kebaikan dalam setiap harinya.


Ketika anda merasa tidak mampu, bersyukurlah kerana ia akan mendorong anda untuk lebih maju.

Ketika anda berhadapan dengan masalah, bersyukurlah kerana ia akan menjadikan anda lebih matang.

Ketika anda membuat kesilapan, bersyukurlah kerana ia akan memberi anda pelajaran berharga

Dan walaupun anda gagal sekalipun, bersyukurlah kerana itulah cara Tuhan mengajar anda erti kesungguhan.


Jangan menunggu bahagia dulu baru bersyukur. Tetapi bersyukurlah, maka kita akan bahagia. Hidup ini indah, asalkan kita dapat menghargainya.


Semoga bermanfaat. Dah baca? Jangan lupa share pada kawan-kawan ya. Jangan lupa untuk terus mengikuti blog Sembang Kejayaan untuk post terbaru


0 Response to "Merasa Hidup Tak Bahagia? Mungkin Ini Penyebabnya Yang Membuat Anda Tak Bahagia"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel