5 Idea Bantu Anda Hilangkan Rasa Bosan Ketika Di Rumah
Friday, January 24, 2020
Add Comment
Korang mesti pernah rasa bosan kan, tak tahu nak buat apa di rumah? Korang tengok tv kemudian tutup TV, pergi dapur buka peti ais, minum air kemudian korang buka phone, reply chat kemudian tutup phone lepastu korang cakap "Aduh..bosannya harini. Apa nak buat eh?" hahaha, mesti pernah kan? kan?
Jangan tipu sebab penulis pon macam tu kekadang bila bosan dan tak tahu nak buat apa. Nak keluar malas! Jadi, duduk rumah je lah. Tapi dah duduk rumah bosan lah pulak kan.
Haa..jadi penulis nak kongsi dengan korang semua bagaimana nak hilangkan rasa bosan ketika di rumah. Apa yang perlu korang buat bila rasa bosan. Disini terdapat 5 idea yang boleh bantu korang hilangkan rasa bosan. Jom tengok apa yang patut kita buat untuk hilangkan rasa bosan:
1. Tonton Movie
Cara paling senang dan sudah menjadi kebiasaan ramai orang untuk hilangkan rasa bosan. Cuba cari movie yang kelakar ataupun video yang kelakar yang boleh buat korang tersenyum dan ketawa terbahak-bahak. Apabila sudah tergelak sampai terguling-guling sudah pasti mampu merawat rasa bosan yang timbul tadi.
2. Main game
Game juga boleh hilangkan rasa bosan korang ketika di rumah. Ajak lah kawan-kawan untuk main game secara online sekali dengan korang. Boleh lah hilangkan rasa bosan korang tu. Dari wajah yang bosan tadi pun sudahpun bertukar menjadi ceria.
[Baca Juga] 5 Cara Bahagiakan Diri Sendiri Bila Tengah Tiada "Mood"
3. Masak
Bila korang bosan inilah masa untuk korang main masak-masak di dapur. Lihat dalam peti ais korang apa bahan yang boleh korang masak. Kalau dalam peti ais korang ada nugget ke, sosej ke, korang boleh goreng dan makan. Atau korang juga boleh cuba masak menu kesukaan korang ataupun menu yang korang sendiri tak pernah masak sebelum ini. Sekurang-kurang korang dapat mempelajarinya.
4. Makan
Kalau korang bosan dan malas nak masak, carilah apa sahaja makanan yang boleh korang kunyah. Nak lagi syok korang makan la sambil tengok TV. Hilang la sikit rasa bosan tu dari tak buat apa-apa kan. Jadi korang boleh cuba
5. Tidur
Kalau masih lagi rasa bosan, dah cuba macam-macam tapi still rasa bosan. Jawapan mudah adalah tidur. Seronok juga kalau dapat tidur kan. Perut pun dah kenyang. Apa lagi tidur la kan. Masuk bilik, pasang air cond atau kipas dan seterusnya tidur. Tapi ingat, jangan tidur sehari suntuk pulak tau. Bila banyak tidur nanti badan pun jadi lesu dan tidak bermaya.
Dah baca? Semoga ia memberi manfaat dekat korang. Teruskan membaca post-post yang menarik lagi dan jangan lupa untuk terus support blog Sembang Kejayaan Okay? Terima kasih yang sudi membaca
0 Response to "5 Idea Bantu Anda Hilangkan Rasa Bosan Ketika Di Rumah"
Post a Comment