️[Motivasi] Ketika Merasakan Diri Tidak Berharga, Baca Ni!
Friday, January 17, 2020
Add Comment
Sembang Kejayaan - Sesiapa pun akan pernah mengalami saat-saat sukar dalam kehidupannya. Saat dirinya terasa dijauhi oleh orang-orang di sekelilingnya. Terasa selama ini sudah lakukan itu ini, tapi tiada seorang pun yang menghargai apa yang kita lakukan. Sibuk nak menghargai orang lain, sampaikan terlupa nak hargai diri sendiri.
Saya nak anda tahu..
Anda adalah seseorang yang istimewa. Jika anda fikir anda tidak istimewa. Ini kerana anda belum menyedarinya lagi.
Kadang-kadang hidup ini memang terasa berat untuk dijalani. Seringkali mengalami kegagalan dan kata-kata yang membuatkan diri berasa tidak bernilai dan tidak berguna di mata orang lain.
Jika itulah yang anda rasa, sekarang penulis mahu anda mengingati kata-kata yang penulis nak kongsi ini:
Anda berharga! Anda sangat berharga. Tidak kira apapun kekurangan anda, apa sahaja kesilapan anda, apa sahaja masa lalu anda, anda tetap berharga!
[Baca Juga]
- Cara Menghargai Dan Menyayangi Diri Sendiri 'Love Yourself'
- Motivasi Untuk Berjaya - Kerja Keraslah Dalam Diam
- Kenapa Ingin Putus Asa Sedangkan Kejayaan Semakin Hampir
Anda layak untuk mendapatkan kasih sayang. Anda layak untuk merasakan kebahagiaan. Anda layak untuk merasakan cinta, damai dan bahagia.
Ya, anda memang layak untuk mendapatkan semua itu. Jadi, jangan membenci diri sendiri hanya kerana anda patah hati. Jangan anda merasa rendah diri ketika anda dijauhi dari orang-orang yang anda sayang. Jangan pernah anda merasakan diri tidak berguna hanya kerana orang bilang anda tiada kemajuan dalam hidup.
Dan jangan pernah hilang harapan hanya kerana anda mengalami kegagalan. Orang lain mungkin mengatakan bahawa anda tidak berguna. Tetapi mereka salah!
Anda sebenarnya jauh lebih berharga dari apa yang anda bayangkan. Anda sangat berharga kerana Tuhan mengatakan bahawa anda sangat berharga. Lebih berharga dari bintang yang ada di langit. Lebih berharga dari emas yang ada di bawah bumi
Kerana anda adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling indah. Betapa bertuahnya anda kerana dijadikan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain di atas muka bumi ini.
Percayalah Tuhan tidak menciptakan makhluknya untuk jadi sia-sia. Segala yang ada di dunia pasti ada makna.
Anda layak untuk disayangi, anda layak mendapatkan yang terbaik dari hidup ini. Jadi tersenyumlah. Tersenyum bukan kerana anda sempurna. Tapi tersenyumlah kerana anda tahu walaupun anda tidak sempurna tetapi anda tetap berharga❤️
Semoga bermanfaat. Dah baca? Jangan lupa share pada kawan-kawan ya😊 dan jangan lupa juga untuk terus mengikuti blog Sembang Kejayaan untuk post terbaru.
0 Response to "️[Motivasi] Ketika Merasakan Diri Tidak Berharga, Baca Ni!"
Post a Comment