-->

Jangan Mengeluh! Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Miliki


Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Ada

Sembang Kejayaan - Adakah anda rasa tidak bahagia hari ini. Bahagia ataupun tidak anda sekarang ini, kita perlu bersyukur hari ini. Bersyukurlah, sehingga saat ini kita masih boleh bernafas, kita masih boleh melihat dan mendengar, diberi kesihatan yang baik, dan kita boleh melakukan kerja-kerja kita seperti biasa.

Banyak orang mungkin tidak menyedari tentang hal itu, betapa berharganya nikmat yang Tuhan berikan kepada kita sehingga kita sendiri tidak boleh menghitung jumlahnya.

Cuba bayangkan kalau tiba-tiba kita tidak boleh bernafas lagi seperti biasa. Mungkin kita sudah tidak dapat hidup di dunia ini lagi. Kita tidak boleh lagi hidup seperti biasa dan kita tidak boleh lagi melakukan aktiviti seperti biasa kita lakukan. Jadi, bersyukurlah

Kadang kala manusia ini tidak boleh lari dari sifat sombong yang tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Kita selalu melihat ke atas, yang membuatkan kita selalu tidak pernah merasa cukup. Orang ada itu, kita pun nak.

Kadang kala kita rasa hidup kita ini tidak bahagia seperti orang lain. Kita selalu membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Kenapa kehidupan orang lain lebih sempurna dan lebih bahagia daripada kehidupan kita.

Kita selalu mengeluh kenapa hidup kita tidak seperti mereka di luar sana. Apa sahaja yang kurang bagi kita, ada sahaja yang kita nak mengeluh. Tidak pernah rasa cukup dengan apa yang kita ada. Biasala kita manusia tak boleh lari dari inginkan sesuatu dalam hidup lebih daripada orang lain dapat.

[Baca Juga]  Jangan dengki pada orang lain, setiap orang rezeki dan ujiannya berbeza

Disebabkan kita selalu mengeluh, kita mula merasakan hidup kita tidak sempurna dan tidak bahagia seperti orang lain. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.

Mungkin kita sendiri tidak sedar, apa yang kita lalui hari ini adalah doa-doa kita yang tertangguh masa lalu. Apa yang kita nakkan di masa lalu, sudah kita punyai sekarang ini, cuma kita saja yang tak sedar tentang kehadirannya. Jadi jangan lupa bersyukur hari ini.

Salah satu punca mengapa kita rasa hidup kita tidak bahagia adalah kita suka membanding-bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Nak rasa bahagia itu mudah. Berhenti membanding-bandingkan dan mula bersyukur dengan kehidupan kita.

Bahagia itu pilihan diri kita sendiri. Kita sendiri yang memilihnya sama ada untuk bahagia ataupun berasa sedih meratapi nasib yang dirasakan lebih malang daripada orang lain.

Jangan mengeluh, sesekali lihatlah kebawah. Lebih ramai orang di luar sana yang inginkan kehidupan seperti kita sekarang ini. Jika kita selalu memandang ke atas, kita tidak akan pernah merasa cukup dan kita tidak akan tahu ada lagi orang yang lebih susah daripada kita. Apa yang kita ada, mungkin tak semua orang ada apa yang kita ada.

Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ini. Sebab tak semua orang ada apa yang kita ada. Walaupun benda tu tak seberapa, tapi bersyukurlah! Jadi, jangan lupa untuk bersyukur hari ini. Sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah. Kerana dengan bersyukur, nikmat kita akan bertambah oleh Tuhan.


0 Response to "Jangan Mengeluh! Bersyukurlah Dengan Apa Yang Kita Miliki"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel