-->

Jangan bersedih lagi wahai hatiku

cara merawat hati ketika sedih

Sembang Kejayaan - Terima kasih banyak-banyak kepada yang membaca entry sebelum ini iaitu cara merawat hati ketika sedih dan kecewa. Entry ini merupakan sambungan dari entry cara merawat hati ketika sedih dan kecewa

Siapa yang belum membacanya boleh baca di sini cara merawat hati ketika sedih dan kecewa


jangan sedih lagi pasti ada hikmahnya


Jangan Bersedih Lagi Wahai Hatiku


Senyumlah wahai hati yang sedang bersedih,

Saat kita menempuh perjalanan hidup dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Sekali sekala derita pasti hadir mencuit hati. Hati remuk menangis tiada henti. 

Tiada siapapun yang tahu perasaan pada ketika itu. Dan pada ketika itu juga sabar pun sudah tidak dikenali lagi. Akhirnya air mata tertumpah juga.

Begitulah kehidupan di dunia. Hidup tidak selalunya indah. Ada bahagia, pasti ada derita. Langit pun tidak selalunya cerah. Ada cerah, ada mendung. Dan sesekali turunnya hujan yang sangat lebat, sekali sekala angin bertiup kencang dan petir.

Tetapi percayalah Allah tidak akan menduga hambanya. Pasti akan ada yang lebih baik dari apa yang kita miliki sekarang. Bersabarlah,


Kesedihan seperti air hujan yang turun membasahi bumi. 



Begitu juga dengan sedih. Saat sedih air mata akan mengalir membasahi pipi.



Apabila hujan berhenti, munculnya pelangi yang sangat cantik dan indah, 



Bila sedih, pasti muncul hikmah disebalik kesedihan.


Jangan risau, setiap kesedihan yang dialami pasti ada hikmahnya atau kebaikan yang tak disangka-sangka yang menjangkau akal fikiran kita.

Masa itu, kita akan tersenyum dan rasa bahagia dengan apa yang sudah diatur oleh Tuhan. Rancangan Tuhan itu adalah yang paling terbaik. Dialah sebaik-baik perancang. Dialah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Wahai hati, jangan mudah sedih, Ini merupakan ujian yang pasti berlaku pada setiap orang. Tiada orang yang tidak pernah sedih, tiada orang yang sempurna. Hadapilah ujian dengan tenang

Semua orang pernah melakukan kesilapan. Dengan kesilapan itu mereka akan rasa menyesal, kecewa, sedih. Tetapi percayalah itu masam manis kehidupan. Ada bahagia, ada sedih sangat-sangat

Memang perit (Sukar) untuk melupakan benda yang membuatkan kita sedih sehinggakan meninggalkan kesan luka di hati. Tetapi cukuplah dengan sabar walaupun masih belum mampu untuk melupakan.

Biarlah ia terpahat di hati dan jadikan ia satu pengajaran buat diri agar kita lebih matang pada hari yang akan datang. Kuatkan hati dan jangan pernah sesekali mengulangi kesilapan yang sama agar tidak sedih lagi.

Jangan sedih wahai hati ini, tidak perlu dikenangkan lagi perkara yang pernah membuatkan kita sedih. Biarkan kisah lama itu berlalu pergi buat selama-lamanya. Jangan sesekali kita jemput ia untuk masuk helaian hari ini. Mungkin itu yang menyebabkan, senyuman kita tidak dapat diukir sepanjang hari.

Wahai hatiku, Sekarang dah boleh berhenti menangis, dan sekarang waktu yang sesuai untuk lupakan segala-segalanya. Jika teringat akan kesedihan yang pernah dilalui, segeralah untuk melupakannya. Segeralah untuk alihkan fikiran dengan berfikir tentang kebahagiaan bersama orang sekeliling, saat-saat yang pernah membuatkan kita tersenyum, nescaya kita akan lupa kesedihan tadi secara automatiknya.

Dengan kebahagian yang tercipta, akan melupakan segala kesedihan, kekecewaan selama ini. Masa itu kita akan lebih kuat untuk meneruskan kehidupan.

Sekarang cubalah senyum. Dengan satu senyuman dapat menghilangkan rasa sedih. Percayalah, jangan bersedih lagi wahai hatiku..

Sampai disini sahaja perkongsiannya. Semoga bermanfaat.

"Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku dan berilah rezeki kepadaku"


0 Response to "Jangan bersedih lagi wahai hatiku"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel