-->

Nak Berjaya? Tapi Takut Gagal, Baca Ni Boleh Naikkan Semangat Anda!

Gagal sekali bukan gagal selamanya

Sembang Kejayaan - Siapa yang tak pernah mengalami kegagalan? Setiap orang pernah mengalaminya. Tanyalah orang-orang yang sudah berjaya, adakah mereka pernah mengalami kegagalan?

Setiap orang yang berjaya di dunia ini pasti pernah mengalami kegagalan dan boleh jadi kegagalan yang mereka alami berulang-ulang kali sehingga membuatkan mereka putus asa, stress dan berhenti berusaha.

Tetapi mereka tetap bangun dan teruskan melangkah, sebab mereka tahu gagal bukanlah pengakhiran. Jadi mereka tetap bangun dari segala kekecewaan dan kesedihan dan teruskan melangkah demi mencapai apa yang mereka impikan.

Semua orang nak berjaya dan Anda juga nak berjaya, betul tak? Nak berjaya jangan takut gagal. Kalau takut gagal, maknanya takut nak berjaya!


Nak berjaya jangan takut gagal!



Gagal bukan bermaksud kita gagal buat selama lamanya. Kita boleh cuba lagi dan lagi sehingga berjaya. Walaupun gagal ini datang tanpa diundang dan kita sendiri tidak suka dengan kehadirannya, tapi kita perlu terima dengan hati yang terbuka. Kerana kegagalan ini sebenarnya membawa pelajaran yang berharga buat kita.

Kerana gagal itu selalu mengingatkan kita untuk terus belajar memperbaiki kesilapan dan selalu mengingatkan kita untuk terus cuba lagi. Tanpa kegagalan kita tidak akan tahu di mana kesilapan kita. Jadi dari situ kita cuba untuk memperbaiki dan teruskan melangkah dengan semangat baru.

[Baca Juga]  Kata-kata usaha tangga kejayaan

Gagal bukanlah bermaksud kita tidak boleh berjaya. Gagal itu membuatkan kita lebih kuat. Dan gagal itu adalah sebuah perjalanan yang paling berharga menuju puncak kejayaan dan terasa manis saat kita berjaya capai apa yang kita impikan kerana kita tahu betapa pahitnya saat gagal.

Janganlah takut untuk mencuba, kerana kejayaan hanya untuk orang-orang yang tidak mudah menyerah kalah. Bila berhasrat untuk berjaya, jangan hanya melihat ke arah tangga. Tapi belajarlah untuk menaiki anak tangga tersebut.

Jangan hanya duduk diam, kalau impian kita besar. Berusahalah untuk kejar apa yang kita impikan. Teruskan berusaha walau apa jua cabaran yang datang. Kuatkan semangat dan jangan mudah give up.

[Baca Juga]  Antara sebab kenapa kita mudah give up dalam berusaha

Jangan berfikir untuk berhenti kalau gagal. Bila buat sesuatu perkara, kita buat sungguh-sungguh. Gagal..bangun!..gagal..bangun! Teruskan usaha, jangan give up! Kegagalan itu perkara biasa bagi orang yang berjaya dan kegagalan juga adalah resepi rahsia untuk menuju kejayaan. Jadi jangan takut gagal. Berusahalah bersungguh-sungguh dan siapa yang berusaha dialah yang berjaya.


0 Response to "Nak Berjaya? Tapi Takut Gagal, Baca Ni Boleh Naikkan Semangat Anda!"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel