-->

Kenapa Kita Mudah 'Give up', Ambil Tahu Apa Puncanya

Sembang Kejayaan - Bila kita nakkan sesuatu yang ingin kita capai, pasti kita akan usahakan, betul tak? Tapi ada ketika, kita rasa macam nak give up dengan sesuatu perkara yang kita dah beri tumpuan sepenuhnya, usaha betul-betul untuk mencapai target ataupun matlamat seperti apa yang kita impikan tetapi ianya seperti sia-sia. Seolah-olah nak give up saja.

[Baca Juga]  Kenapa ingin putus asa sedangkan kejayaan sudah semakin hampir

Kita perlu faham, dalam hidup ini bukannya senang kita nak mencapai apa yang kita inginkan tanpa sebarang cabaran atau dugaan. Mesti ada saja halangan yang membuatkan kita terus terhenti daripada mencuba dan berusaha mengejar apa yang kita impikan.

Berapa ramai yang rasa nak give up hari ini. Jangan disebabkan gagal, kita terus give up. Kita terus berhenti. Nak berjaya kita harus melalui prosesnya. Antara sebab kenapa kita rasa cepat nak give up dalam berusaha adalah disebabkan:

Antara Sebab Kenapa Kita Mudah Give up Dalam Berusaha


1. Expect result yang cepat


Nak berjaya bukannya mudah seperti apa yang kita fikirkan. Nak berjaya dalam semua perkara yang dilakukan bukannya sesuatu yang boleh kita capai dengan hanya satu malam. Ianya memerlukan sedikit masa, bukannya harini usaha esok dah berjaya, tidak! Kita perlu sabar. Kita lalui saja prosesnya dan jangan give up. Beri masa untuk kejayaan.

[Baca Juga]  Dont Give Up - Gagal? Tetapi Tetap Nak Berjaya


2. Tidak percaya pada diri


Kenapa kebanyakan orang mudah rasa give up? Sebab mereka tidak percaya pada diri sendiri. Untuk berjaya dalam hidup, kita sendiri harus percaya pada diri sendiri dan yakin bahawa kita juga boleh berjaya seperti orang lain. Cukup kita percaya akan kemampuan diri kita. Percaya pada diri akan memberikan kita kesungguhan untuk berjaya dalam apa jua situasi.


3. Terlalu memikirkan masa lalu


Terlalu memikirkan masa lalu, ianya akan membuatkan kita mudah menyerah kalah dan tidak mahu meneruskan usaha lagi. Jangan biarkan kegagalan di masa lalu menghantui fikiran kita. Rasa sedih dan kecewa dengan kegagalan yang pernah berlaku akan membuatkan kita terus terhenti daripada berusaha. Sebaik-baiknya jangan kita melihat masa lalu kerana kita akan bersedih. Jadi lupakan saja rasa sedih yang pernah dialami dahulu dan teruskan melangkah ke hadapan dengan strategi yang baru.

[Baca Juga]  Bila rasa give up ingat kata-kata ini


4. Terlalu berfikir tentang kelemahan diri


Kita perlu faham, tiada manusia yang sempurna. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Setiap hari Anda memikirkan tentang kelemahan diri boleh membuatkan Anda mudah rasa down. Jadi berhenti berfikir tentang kelemahan diri. Disebalik kekurangan, Anda mempunyai kelebihan. Jadi fokus kepada kelebihan agar kitalebih semangat untuk teruskan berusaha.

Jadi, jangan mudah untuk kita give up. Ingat semula apa tujuan Anda saat ingin mula melangkah. Jadi jangan berfikir untuk berhenti kerana sudah terlalu banyak masa, tenaga yang Anda korbankan demi untuk merealisasikan impian Anda. Bukan senang untuk Anda berada di tahap ini sekarang. Jadi bangun dan teruskan melangkah menuju impian itu.


0 Response to "Kenapa Kita Mudah 'Give up', Ambil Tahu Apa Puncanya"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel